InsyaAllah tim kami akan berangkat ke Bangladesh pada 5-12 Disember untuk melaksanakan misi pendidikan dan musim sejuk di madrasah-madrasah pembinaan hasil sumbangan para sahabat yang dermawan yang berada di dalam kem-kem pelarian Rohingya dan sekitar bandar Cox’s Bazaar.
Hingga sekarang kerja-kerja kebajikan & kemanusiaan terus dijalankan untuk membantu saudara kita yang kini semakin sepi tanpa berita dan khabar dari media. Kehidupan mereka sebenarnya masih tetap sengsara seperti dahulu yang hidup dalam ‘penjara’ tanpa kebebasan. Situasi dan krisis di kem pelarian semakin dahsyat kerana peningkatan penduduk di dalam kem pelarian itu semakin bertambah dan berkembang dek kelahiran bayi yang baru lahir, di tambah pula kem-kem pelarian di sana tiada keperluan dan infrastruktur asas bagi menampung mereka setiap hari.
Jadi misi kali ini kami ingin menyampaikan sumbangan-sumbangan kalian secara ‘live’ kepada madrasah-madrasah kami di pelarian-pelarian Rohingya dari segi:
✅ Barangan Asas
✅ Keperluan 6 Buah Madrasah
✅ Infaq Jumaat
✅ Gaji 16 orang guru madrasah
Kami menyambut sokongan dan sumbangan dari sahabat untuk melaksanakan MISI PENDIDIKAN & MUSIM SEJUK tidak lama lagi dan sasaran kami adalah sebanyak RM60,000 untuk disumbangkan kepada mereka mengikut keperluan terdesak dan memerlukan.
Salah seorang pelarian pernah ditanya adakah mereka mahu kembali ke tanah air mereka di Myanmar?
Beliau menjawab: “Jika hak asasi kemanusiaan kami seperti pendidikan, perubatan, harta, keselamatan dan kewarganegaraan dipulangkan, kami akan pulang kerana mahu hidup bebas di negara kami. Kami tidak mahu jadi pelarian, menjadi seperti hamba di mana-mana negara”
—————————————————————————————————————————–
Sebarang sumbangan dan bantuan, sahabat boleh terus salurkan terus ke akaun atau tekan “SUMBANG SEKARANG”
Maybank 562740150023
Pertubuhan Antarabangsa Al-Ain Malaysia
Ref: Pendidikan Rohingya



















