Tentang Kami
Halaman Utama - Tentang Kami
MAKLUMAT
TENTANG KAMI
Pertubuhan Antarabangsa Al-Ain Malaysia (AIM) yang dahulunya dikenali sebagai BERSAMA adalah sebuah pertubuhan NGO yang berdaftar. Tujuan utama AIM ditubuhkan ialah untuk membangunkan modal insan di samping menjalankan pelbagai aktiviti khidmat masyarakat di dalam dan luar negara. Kami telah menjalankan misi kemanusiaan di dalam dan luar negara seperti di Aceh, Jakarta, Yogyakarta, Padang, Tasik Malaya, Vietnam, Kemboja, Batam, Selatan Thailand, Laos, Myanmar, Bangladesh, Jordan (Sempadan Syria), Sri Lanka, Yaman dan di setiap pelusuk dalam negara. Hasrat kami tidak terhenti dengan sekadar menyampaikan bantuan kepada mereka tetapi pendidikan yang menjadi tonggak dalam mengemudi dunia kesukarelawanan ini.
MISI & VISI
Membentuk satu komuniti kemanusiaan yang dapat menyalurkan bantuan dalam dan luar negara buat mereka yang memerlukan tanpa mengira agama, bangsa dan sempadan negara dengan mengetengahkan 3 aspek utama:
Pendidikan, Kesihatan & Kebajikan.
- Menjadi wadah kepada mesyarakat yang prihatin untuk bersama-sama membantu saudara kita yang berada dalam kesusahan samada dalam mahupun luar negara.
- Membangunkan institusi pendidikan dan memberi pendidikan percuma buat pelarian, mangsa perang, fakir miskin, anak yatim dan mereka yang kurang berkemampuan.
- Menyalurkan bantuan kecemasan ke kawasan yang memerlukan bantuan segera yang ditimpa bencana alam.
- Membangunkan infrastruktur di kem pelarian perang, kem penghapusan etnik dan kawasan bencana alam seperti perkhemahan, masjid, sekolah, jambatan, kilang roti, stesen air, dapur masak, solar, tandas dan keperluan utama lain.
- Membina prasarana pembangunan insan, kerohanian dan kemahiran seperti kelas al-Quran, weekend school, usrah mingguan, seminar, konvensyen, dan simposium.
MAKLUMAT
PASUKAN KAMI

YANG DIPERTUA

TIMBALAN PRESIDEN

BENDAHARI

PENASIHAT

SETIAUSAHA

AJK TERTINGGI

AJK TERTINGGI

PRESIDEN

TIMBALAN SETIAUSAHA

AJK TERTINGGI
MAKLUMAT
PASUKAN KAMI
Dato Hj Muhammad Zakaria
Siti Nor Fazilah
Ammar Yassar Muhammad
Ummu Jannah Muhammad
Maizatulakmaliah Mohamad
Mohd Ishraaf
Mazlan
Ustaz Saifurijal
Nor Hidayah
bt Isnin
Fatanah
SERTAI
PASUKAN KAMI
Dunia kesukarelawanan banyak mengajar dan mendidik kami erti kemanusiaan. Acapkali dilihat nilai kemanusiaan kini semakin diragut dan mulai hilang dari diri setiap manusia. Oleh yang demikian, mari sertai kami, kita perkasakan diri dan teguhkan ummah! Ayuh !
SERTAI SUKARELAWAN
Daftar Sekarang
DAFTAR JAWATAN KOSONG
Daftar Sekarang
DAFTAR SEBAGAI INTERNSHIP
Daftar Sekarang
