PERTUBUHAN ANTARABANGSA AL-AIN MALAYSIA

Sumbangan amal ini akan disalurkan kedalam kempen-kempen yang sedang dijalankan atau yang bakal dijalankan untuk memenuhkan tabung derma kempen.

Edit Template

Day 5

Home - Blog Detail

Hari kelima misi pendidikan kami, kali ini kami mempunyai dua agenda iaitu membuat lawatan madrasah seperti biasa dan kedua kami ingin membuat jamuan makan-makan bersama anak-anak tahfiz dan pelajar-pelajar yang ada termasuklah guru-guru yang mengajar iaitu hampir 300 orang di Madrasah Al-Ain yang berada di Kem Pelarian Thingkali.

Di madrasah ini juga kami akan lancarkan projek pembinaan telaga dan tempat wuduk para pelajar diatas amanah yang telah diberikan kepada kami dari salah seorang penaja yang sudi untuk membina tangki air di dalam kem pelarian.

Saat kami tiba di madrasah, anak-anak semua sedang mengaji bersama ustaz masing-masing. Kehadiran kami di setiap madrasah memberikan sinar kegembiraan buat ustaz-ustaz yang mengajar di madrasah Al-Ain untuk menunggu apa sahaja khabar berita yang kami ingin sampaikan.

Sewaktu makanan sedang dimasak, kami perhatikan ustaz-ustaz ini mengagihkan beras hampir 3kg setiap seorang kepada pelajar untuk dibawa pulang. Bila ditanya apa tujuannya, ustaz memaklumkan kepada kami bahawa mereka meminta tolong pada anak-anak untuk masak beras di rumah masing-masing kerana ingin mengurangkan kos pembelian kayu api.

MasyaAllah.. Tak terkata kami pada waktu itu..

Hampir dua jam juga kami sediakan makanan untuk jamuan. Sambil-sambil menunggu makanan siap, tim kami yang lain seperti biasa mengumpul data setiap pelajar dan guru yang ada.

Selesai sahaja masakan yang dimasak, kami pun perlahan-lahan mengagihkan makanan seorang sedikit kepada pelajar-pelajar tahfiz diikuti dengan pelajar-pelajar maktab. Waktu agihan lauk daging kambing itu, sayu kami melihat mereka yang kelaparan dan berebut-rebut untuk makan nasi. Mungkin juga mereka sudah lama tidak merasai masakan seperti itu, jadi bila dapat peluang untuk makan, terpaksa berebut-rebut makanan takut makanan yang dimasak tidak cukup kuantitinya.

Tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan sangat terkawal. Makanan yang dimasak cukup untuk 300 orang makan dan ada pula lebihan lauk. Mungkin juga itu satu keberkatan buat mereka semua.

Selesai sahaja jamuan, tim kami pun pulang terus ke bandar Cox’s Bazaar dan membuat persediaan seperti biasa untuk memasuki kem pelarian pada keesokan harinya.

Info Terbaru

  • All Post
  • Aktiviti Aim
  • Events
  • Health
  • Misi Pendidikan & Musim Sejuk Bangladesh
  • Misi Pendidikan Sekolah Khas OKU
  • Nursing
  • Projek Terkini
  • Projek Yang Sedang Berlangsung
  • Projek Yang Telah Selesai Dilaksanakan
  • Tajaan

Saling membantu

Kita membantu bukan bertujuan menunjuk tetapi mendekatkan diri kepada yang maha esa.

Kategori

PERTUBUHAN ANTARABANGSA
AL-AIN MALAYSIA

Sumbangan

Maybank 562740150023
Pertubuhan Antarabangsa Al-Ain Malaysia
Ref: Misi Kemanusiaan

Hubungi Kami

© 2023 | copyright by alain.org.my