PERTUBUHAN ANTARABANGSA AL-AIN MALAYSIA

Sumbangan amal ini akan disalurkan kedalam kempen-kempen yang sedang dijalankan atau yang bakal dijalankan untuk memenuhkan tabung derma kempen.

Edit Template

WINTER FOR YEMEN

Home - Blog Detail

WINTER FOR YEMEN

Keperluan utama rakyat di Yaman semestinya makanan seharian. Terutamanya mereka yang tinggal di kem-kem dan juga yang terlalu miskin. Kesukaran mencari makanan ini semakin jelas apabila musim sejuk mula tiba. Kekurangan yang banyak di setiap dari mereka menjadikan musim sejuk igauan ngeri apabila ada saja laporan kematian saban tahun terutamanya kepada kanak-kanak dan orang tua.

Tempat tinggal atau rumah yang begitu dhaif tanpa perlindungan lengkap dari musim sejuk memburukkan keadaan mereka. Dengan kadar kemiskinan yang tinggi dan teruk, manakan mereka boleh menyediakan pakaian hangat untuk seisi keluarga sedangkan perut juga turut menangisi keadaan mereka.

Dek kerana konflik negara, perebutan kuasa dan politik begitu mendatangkan kesan memburuk yang mendalam kepada rakyat. Sistem kesihatan dan kebajikan rakyat juga runtuh, hanya sedikit yang berfungsi dan tidak semua mempunyai akses itu.

Al-Ain Malaysia begitu terpanggil untuk membantu dari masa ke masa. Kami mencuba dari pelbagai aspek dan kali ini pada musim sejuk kami mahu mereka menerima bantuan pakaian baju sejuk atau selimut bagi memberikan sedikit kehangatan.

Anda boleh terus menghulurkan bantuan untuk saudara kita di Yaman:

  1. Selimut 200 set. RM80/set.
  2. Baju Sejuk Kanak-kanak 150 set. RM50/set.

SASARAN KAMI: RM23,500.

Anda boleh salurkan melalui akaun kami di bawah:

Maybank 562740150023

Pertubuhan Antarabangsa Al-Ain Malaysia

Ref: Winter Yemen

Terima kasih semua sahabat yang sentiasa menyokong dan mendukung usaha kami. Semoga sokongan padu ini dapat memenuhi impian mereka mengharungi musim sejuk ini dengan baik. InshaAllah.

Kem pelarian Rohingya di Cox’s Bazar, Bangladesh, menempatkan lebih dari satu juta pelarian yang terpaksa melarikan diri dari keganasan dan penindasan di Myanmar. Kehidupan di kem pelarian ini sangat mencabar dan setiap hari mereka berjuang untuk bertahan hidup dalam keadaan yang sangat kritikal disebabkan semua keperluan utama mereka seperti makanan, pakaian, ubat-ubatan dan tempat perlindungan sangat terhad disebabkan penduduk di dalam kem pelarian yang ada semakin bertambah.

Musim sejuk di Bangladesh telah tiba di mana suhu di kem pelarian boleh turun sehingga 12 darjah celcius. Lebih teruk lagi apabila pelarian-pelarian ini tidak mempunyai kelengkapan dan persediaan yang lengkap untuk menghadapi musim sejuk seperti selimut, baju sejuk, stokin disebabkan mereka lebih mementingkan keperluan makanan untuk teruskan kehidupan seharian.

Suhu rendah boleh menyebabkan pelarian, terutamanya kanak-kanak dan orang tua, terdedah kepada risiko penyakit pernafasan, selesema, dan hipotermia. Ini memberi kesan yang besar kepada tahap kesihatan mereka, yang sudah pun lemah akibat kecederaan, trauma, dan kekurangan nutrisi yang berterusan. Kematian di dalam kem pelarian akibat musim sejuk yang melampau adalah menjadi kebiasaan kepada mereka setiap tahun. 

Kami Al-Ain Malaysia, mengambil langkah untuk membantu memenuhi keperluan musim sejuk mereka setidak-tidaknya baju sejuk untuk setiap anak-anak Madrasah Al-Ain yang mempunyai hampir 1000 pelajar.

SUMBANGAN BAJU SEJUK UNTUK PELARIAN

Bantuan baju sejuk ini bertujuan untuk mengurangkan kesakitan dan memberi sedikit keselesaan kepada mereka untuk menghadapi musim sejuk pada tahun ini. 

Kami sangat berharap sumbangan dan dana dari anda semua dapat membantu mereka untuk bertahan di samping dapat memberi kegembiraan kepada mereka apabila menerima bantuan dari orang luar. 

HANYA RM30 UNTUK SEHELAI BAJU SEJUK

Sumbangan baju sejuk boleh disalurkan di https://toyyibpay.com/Musim-Sejuk-Pelarian 

Atau sumbangan ke akaun:

Maybank 562740150023 
Pertubuhan Antarabangsa Al-Ain Malaysia 
Ref: Baju Sejuk Pelarian

Perkenalkan! Satu platform yang disediakan khas untuk sahabat semua laksanakan korban dengan sangat mudah dan senang pada tahun hadapan. Ada ke sesiapa dari anda seperti di bawah?

  • Berniat sudah lama untuk melaksanakan korban tetapi selalu terlepas peluang, bila sampai waktunya bajet telah pun tiada.
  • Dah cuba untuk asingkan duit korban, tapi kadang-kadang terguna juga.
  • Nak cuba untuk korban SEEKOR LEMBU tapi harga agak tinggi.
  • Belum laksanakan akikah untuk anak.

TABUNG ANSURAN QURBAN JALAN PENYELESAIANNYA

Jadi, dengan adanya platform Tabung Qurban ini, kami memudahkan anda yang ingin melaksanakan qurban pada tahun hadapan dengan membuat bayaran secara ansuran setiap bulan dengan SERENDAH RM49 untuk SATU BAHAGIAN qurban.

Menarik kan!

Ibadah qurban adalah ibadah sunat yang sangat dituntut untuk seluruh umat Islam melaksanakannya dan ibadah qurban ni juga adalah ibadah yang sangat dicintai Allah ketika Hari Raya Aidiladha. Jadi, jangan lepaskan lagi peluang untuk berqurban pada tahun hadapan. Dengan persediaan dan perancangan awal ini, insyaAllah mudah-mudahan Allah izinkan untuk pelaksanaan qurban pada tahun hadapan.

Kami juga bukan sekadar menjadi wakil untuk melaksanakan qurban/akikah kalian, tetapi penerima daging-daging qurban kalian adalah orang yang sangat berhak menerimanya. Mereka terdiri daripada PELARIAN, ASNAF DAN FAKIR MISKIN. Jadi sumbangan kalian akan memberi manfaat kepada ramai orang!

Jika berminat atau ada sebarang pertanyaan, boleh terus PM kami atau whatsapp kami di www.wasap.my/60179806766/AnsuranKorban 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Info Terbaru

  • All Post
  • Aktiviti Aim
  • Events
  • Health
  • Misi Pendidikan & Musim Sejuk Bangladesh
  • Misi Pendidikan Sekolah Khas OKU
  • Nursing
  • Projek Terkini
  • Projek Yang Sedang Berlangsung
  • Projek Yang Telah Selesai Dilaksanakan
  • Tajaan

Saling membantu

Kita membantu bukan bertujuan menunjuk tetapi mendekatkan diri kepada yang maha esa.

Kategori

PERTUBUHAN ANTARABANGSA
AL-AIN MALAYSIA

Sumbangan

Maybank 562740150023
Pertubuhan Antarabangsa Al-Ain Malaysia
Ref: Misi Kemanusiaan

Hubungi Kami

© 2023 | copyright by alain.org.my