PERTUBUHAN ANTARABANGSA AL-AIN MALAYSIA

Sumbangan amal ini akan disalurkan kedalam kempen-kempen yang sedang dijalankan atau yang bakal dijalankan untuk memenuhkan tabung derma kempen.

Edit Template

AIM RAMADAN

Home - Blog Detail

EDU FOR REQQAH

Misi pendidikan kami kini memfokuskan di kawasan kem pelarian bagi memastikan tiada kanak-kanak yang tercicir daripada mendapatkan keperluan asas iaitu PENDIDIKAN. Bagi menyantuni kanak-kanak seramai 60 orang di sekolah tersebut, kami cuba menyediakan keperluan asas dan memperbaiki sistem pembelajaran bagi kemudahan kanak-kanak dan para guru.

Sekolah ini mempunyai banyak kekurangan dari sudut keselesaan pembelajaran, tetapi kami akan memfokuskan terlebih dahulu dari segi kualiti pembelajaran, kemudahan bahan mengajar dan keutamaan barangan asas di sekolah. Kami mahu menghilangkan kadar buta huruf bagi semua kanak-kanak di dalam kem ini.

Fasa 1 bermula dengan penyediaan buku pembelajaran, buku subjek, alat tulis, alat mengajar dan kemudahan yang ringkas. Seterusnya, kami bercadang untuk merombak kedudukan kelas para kanak-kanak melalui tahap keputusan peperiksaan. Para guru juga akan dibimbing dan dipantau dari segi rekod mengajar, silibus mengikut tahap kelas dan kehadiran seluruh pelajar. Sistem-sistem ini perlu bagi menyediakan kanak-kanak tersebut bersedia untuk menguasai asas pembelajaran dan mudah untuk sambung belajar apabila tiba umurnya.

Di masa hadapan, kami mahukan tajaan yang lebih menyeluruh dari segi keperluan pelajar, bantuan barangan asas termasuk keluarga dan mungkin mempunyai ibu bapa angkat dari Malaysia yang dapat membimbing mereka menguasai pembelajaran.

PENCARIAN DANA BERTERUSAN EDU FOR REQQAH

Kami mencari penaja tetap atau penaja yang mahu menaja secara berkelompok melalui beberapa aspek :

1) Baju uniform

2) Kasut sekolah

3) Beg sekolah

4) Tajaan Seorang Pelajar/Bulanan

5) Peralatan Menulis & Mengajar

6) Tajaan Aktiviti di luar Kelas (Sukan/Kebudayaan)

7) Kos Pengurusan & Kecemasan

Jika sahabat mahu menaja salah satu dari perkara di atas, atau berminat menjadi penaja tetap bulanan, kami sangat mengalu-alukan dan boleh tekan link di bawah atau hubungi kami.

Maybank 562740150023

Pertubuhan Antarabangsa Al-Ain Malaysia

Ref: Edu4Reqqah

Terima kasih semua sahabat yang sentiasa menyokong dan mendukung usaha kami. Semoga sokongan padu ini dapat memenuhi impian kita buat kanak-kanak di Kem Pelarian Ar-Reqqah. InshaAllah.

Misi kali ini kami ingin menyantuni sekolah khas iaitu pelajar-pelajar OKU pekak dan bisu yang belajar di Madrasah Al-Mustaqbal.

Sekolah ini ramai pelajarnya hampir 100 orang murid tetapi kebanyakannya adalah orang-orang yang miskin dan tidak berkemampuan. Mereka semua mempunyai semangat yang luar biasa untuk belajar di sekolah walaupun keadaan sekolah mereka sangatlah teruk dan baru-baru ini guru-guru di sekolah Al-Mustaqbal memohon pertolongan Al-Ain Malaysia untuk membantu 40 orang pelajar yang miskin dan tidak berkemampuan dari segi pakaian uniform sekolah.

Sebenarnya bukan senang untuk menjalankan misi pendidikan di Yaman walaupun kebanyakan sekolah mereka terlalu banyak kekurangan baik dari segi pelajar mahupun sekolah. Kerana proses untuk memasuki sekolah tersebut bukan perkara yang mudah dan mengambil masa yang agak lama untuk mendapat keizinan dari pihak atasan.

Tetapi, kami sangat memandang serius isu pendidikan ini untuk menambah baik segala kekurangan yang ada di Yaman agar masa depan mereka dapat diubah dan ilmu pengetahuan mereka juga bertambah luas.

Kerana manusia tanpa ilmu adalah ibarat ‘tin kosong’ kerana menuntut ilmu bukan semata-mata untuk menjadikan kita kaya atau memegang jawatan besar tetapi juga menjadikan mereka itu seorang yang lebih bertanggungjawab, berdisiplin dan berakhlak mulia.

MOHON SUMBANGAN DANA PENDIDIKAN DI YAMAN

Kami berhasrat besar untuk membantu 40 orang pelajar khas pekak dan bisu yang tidak berkemampuan untuk ke sekolah dengan keadaan yang lebih baik dan juga membantu kekurangan kemudahan sekolah yang ada seperti kerusi dan juga papan putih yang perlu diperbaharui.

Ada tak sahabat yang sudi taja untuk keperluan anak-anak ini?

Sasaran untuk fasa pertama kami adalah sebanyak RM7,300 sahaja dan itu semua adalah termasuk kos pembelian:

1) Baju uniform

2) Kasut sekolah

3) Peralatan sekolah

4) Bag sekolah

5) Kerusi sekolah

6) Papan putih

Ini adalah senarai yang mereka perlukan setakat ini. Keperluan sekolah dan pelajar ini sangatlah terdesak kerana sudah sekian lama mereka menanti bantuan dan sumbangan dari pihak luar untuk hadir ke sekolah dengan uniform yang berwajah baru dan belajar dalam keadaan lebih selesa.

Jika ada sahabat yang sudi untuk menaja keperluan anak-anak dan sekolah ini, boleh terus salurkan sumbangan di akaun atau tekan “SUMBANG SEKARANG”

Maybank 562740150023

Pertubuhan Antarabangsa Al-Ain Malaysia

Ref: Pendidikan Yaman

InsyaAllah, dengan sokongan dan sumbangan kalian, kami cuba usaha untuk baiki dan bantu sekolah OKU ni belajar dalam keadaan lebih selesa dan lebih bersemangat untuk hadir ke sekolah.

AKTIVITI

No Posts Found!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Info Terbaru

  • All Post
  • Aktiviti Aim
  • Events
  • Health
  • Misi Pendidikan & Musim Sejuk Bangladesh
  • Misi Pendidikan Sekolah Khas OKU
  • Nursing
  • Projek Terkini
  • Projek Yang Sedang Berlangsung
  • Projek Yang Telah Selesai Dilaksanakan
  • Tajaan

Saling membantu

Kita membantu bukan bertujuan menunjuk tetapi mendekatkan diri kepada yang maha esa.

Kategori

PERTUBUHAN ANTARABANGSA
AL-AIN MALAYSIA

Sumbangan

Maybank 562740150023
Pertubuhan Antarabangsa Al-Ain Malaysia
Ref: Misi Kemanusiaan

Hubungi Kami

© 2023 | copyright by alain.org.my