PERTUBUHAN ANTARABANGSA AL-AIN MALAYSIA

Sumbangan amal ini akan disalurkan kedalam kempen-kempen yang sedang dijalankan atau yang bakal dijalankan untuk memenuhkan tabung derma kempen.

Edit Template

MISI PENDIDIKAN EDU FOR REQQAH

Home - Blog Detail

EDU FOR REQQAH

Misi pendidikan kami kini memfokuskan di kawasan kem pelarian bagi memastikan tiada kanak-kanak yang tercicir daripada mendapatkan keperluan asas iaitu PENDIDIKAN. Bagi menyantuni kanak-kanak seramai 60 orang di sekolah tersebut, kami cuba menyediakan keperluan asas dan memperbaiki sistem pembelajaran bagi kemudahan kanak-kanak dan para guru.

Sekolah ini mempunyai banyak kekurangan dari sudut keselesaan pembelajaran, tetapi kami akan memfokuskan terlebih dahulu dari segi kualiti pembelajaran, kemudahan bahan mengajar dan keutamaan barangan asas di sekolah. Kami mahu menghilangkan kadar buta huruf bagi semua kanak-kanak di dalam kem ini.

Fasa 1 bermula dengan penyediaan buku pembelajaran, buku subjek, alat tulis, alat mengajar dan kemudahan yang ringkas. Seterusnya, kami bercadang untuk merombak kedudukan kelas para kanak-kanak melalui tahap keputusan peperiksaan. Para guru juga akan dibimbing dan dipantau dari segi rekod mengajar, silibus mengikut tahap kelas dan kehadiran seluruh pelajar. Sistem-sistem ini perlu bagi menyediakan kanak-kanak tersebut bersedia untuk menguasai asas pembelajaran dan mudah untuk sambung belajar apabila tiba umurnya.

Di masa hadapan, kami mahukan tajaan yang lebih menyeluruh dari segi keperluan pelajar, bantuan barangan asas termasuk keluarga dan mungkin mempunyai ibu bapa angkat dari Malaysia yang dapat membimbing mereka menguasai pembelajaran.

PENCARIAN DANA BERTERUSAN EDU FOR REQQAH

Kami mencari penaja tetap atau penaja yang mahu menaja secara berkelompok melalui beberapa aspek :

1) Baju uniform

2) Kasut sekolah

3) Beg sekolah

4) Tajaan Seorang Pelajar/Bulanan

5) Peralatan Menulis & Mengajar

6) Tajaan Aktiviti di luar Kelas (Sukan/Kebudayaan)

7) Kos Pengurusan & Kecemasan

Jika sahabat mahu menaja salah satu dari perkara di atas, atau berminat menjadi penaja tetap bulanan, kami sangat mengalu-alukan dan boleh tekan link di bawah atau hubungi kami.

Maybank 562740150023

Pertubuhan Antarabangsa Al-Ain Malaysia

Ref: Edu4Reqqah

Terima kasih semua sahabat yang sentiasa menyokong dan mendukung usaha kami. Semoga sokongan padu ini dapat memenuhi impian kita buat kanak-kanak di Kem Pelarian Ar-Reqqah. InshaAllah.

WINTER FOR YEMEN

Keperluan utama rakyat di Yaman semestinya makanan seharian. Terutamanya mereka yang tinggal di kem-kem dan juga yang terlalu miskin. Kesukaran mencari makanan ini semakin jelas apabila musim sejuk mula tiba. Kekurangan yang banyak di setiap dari mereka menjadikan musim sejuk igauan ngeri apabila ada saja laporan kematian saban tahun terutamanya kepada kanak-kanak dan orang tua.

Tempat tinggal atau rumah yang begitu dhaif tanpa perlindungan lengkap dari musim sejuk memburukkan keadaan mereka. Dengan kadar kemiskinan yang tinggi dan teruk, manakan mereka boleh menyediakan pakaian hangat untuk seisi keluarga sedangkan perut juga turut menangisi keadaan mereka.

Dek kerana konflik negara, perebutan kuasa dan politik begitu mendatangkan kesan memburuk yang mendalam kepada rakyat. Sistem kesihatan dan kebajikan rakyat juga runtuh, hanya sedikit yang berfungsi dan tidak semua mempunyai akses itu.

Al-Ain Malaysia begitu terpanggil untuk membantu dari masa ke masa. Kami mencuba dari pelbagai aspek dan kali ini pada musim sejuk kami mahu mereka menerima bantuan pakaian baju sejuk atau selimut bagi memberikan sedikit kehangatan.

Anda boleh terus menghulurkan bantuan untuk saudara kita di Yaman:

  1. Selimut 200 set. RM80/set.
  2. Baju Sejuk Kanak-kanak 150 set. RM50/set.

SASARAN KAMI: RM23,500.

Anda boleh salurkan melalui akaun kami di bawah:

Maybank 562740150023

Pertubuhan Antarabangsa Al-Ain Malaysia

Ref: Winter Yemen

Terima kasih semua sahabat yang sentiasa menyokong dan mendukung usaha kami. Semoga sokongan padu ini dapat memenuhi impian mereka mengharungi musim sejuk ini dengan baik. InshaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Info Terbaru

  • All Post
  • Aktiviti Aim
  • Events
  • Health
  • Misi Pendidikan & Musim Sejuk Bangladesh
  • Misi Pendidikan Sekolah Khas OKU
  • Nursing
  • Projek Terkini
  • Projek Yang Sedang Berlangsung
  • Projek Yang Telah Selesai Dilaksanakan
  • Tajaan

Saling membantu

Kita membantu bukan bertujuan menunjuk tetapi mendekatkan diri kepada yang maha esa.

Kategori

PERTUBUHAN ANTARABANGSA
AL-AIN MALAYSIA

Sumbangan

Maybank 562740150023
Pertubuhan Antarabangsa Al-Ain Malaysia
Ref: Misi Kemanusiaan

Hubungi Kami

© 2023 | copyright by alain.org.my