Pada 5 Disember jam 9.34 pagi team Al-Ain Malaysia telah tiba dengan selamat di Airport Cox’s Bazaar selepas menaiki kapal terbang local dari Aiport Dhaka yag mengambil masa satu jam perjalanan untuk sampai ke destinasi.
Pada hari pertama misi di Bangladesh, kami mengorak langkah dengan menziarah team pengurusan kami Sir Shahbudin yang berada berhampiran di Airport Cox’s Bazaar setelah empat tahun tidak bertemu mereka secara fizikal.
Tiba waktu malam, kami mulakan misi dengan membuat pembelian snek pack sebanyak 300 set untuk diagihkan kepada anak-anak Madrasah yang belajar di dalam Kem Pelarian Rohingya. Projek snek pack ini adalah projek yang sangat mendapat sambutan baik dari yang memberi sumbangan mahupun yang menerima pek-pek makanan tersebut.
MISI PENDIDIKAN ROHINGYA BANGLADESH
05-12 DISEMBER 2024










