PERTUBUHAN ANTARABANGSA AL-AIN MALAYSIA

Sumbangan amal ini akan disalurkan kedalam kempen-kempen yang sedang dijalankan atau yang bakal dijalankan untuk memenuhkan tabung derma kempen.

Edit Template

Day 2

Home - Blog Detail

Hari kedua misi, perjalanan misi kami telah bermula seawal 6.30 pagi dan bergerak terus ke Kem Pelarian Rohingya yang mengambil masa hampir 45 minit perjalanan untuk sampai ke destinasi.

Hari pertama perjalanan, kami akan membuat lawatan ke Madrasah Abu Bakar dan Madrasah Baiul Jannah yang terletak di Kem Pelarian Rohingya, Kutupalong. Kem pelarian Kutupalong ini adalah kem pelarian yang terbesar sekali yang ada di Bangladesh, jadi penduduk yang menetap di dalam kem ini sangatlah ramai dan padat.

Untuk misi kali ini, kami mengambil keputusan menyewa sebuah kenderaan untuk kegunaan sepanjang misi dilaksanakan dan tujuannya adalah untuk memberi sedikit keselesaan dan ianya sangat menjimatkan masa team kami bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Jika hendak dibandingkan dengan misi-misi yang terdahulu, tim kami hanya akan menggunakan pengangkutan awam seperti tom-tom (kenderaan beroda tiga) untuk pergi ke kem pelarian rohingya dan ia mengambil masa dua kali ganda lebih lama dari kenderaan yang disewa.

Setelah selesai sarapan, tepat jam 8.00 pagi tim kami terus menghala ke pintu sempadan kem pelarian pertama yang akan kami masuk iaitu KEM PELARIAN KUTUPALONG. Lebih mengejutkan apabila kami diberitahu bahawa peraturan untuk memasuki kem pelarian di kutupalong telah pun berubah iaitu kenderaan-kenderaan luar tidak lagi dibenarkan untuk masuk ke dalam kem pelarian.

Jadi, kami membuat keputusan untuk meneruskan juga perjalanan dengan berjalan kaki untuk masuk ke kem pelarian dan perjalanan untuk sampai ke Madrasah Abu Bakar itu mengambil masa hampir 1 jam perjalanan juga.

Inilah adat dan perkara-perkara yang tidak pasti dan boleh berlaku di tempat kejadian yang kadang kala boleh mengubah jadual dan perancangan sebenar tim kami rancangkan.

Bila tiba di Madrasah Abu Bakar, tanpa berlengah kami meneruskan perancangan awal dengan mengumpul data-data pelajar yang belajar di madrasah Abu Bakar termasuk juga dengan ustaz-ustaz yang telah bekerja di bawah madrasah Al-Ain.

Di madrasah Abu Bakar, kami mempunyai hampir 300 orang pelajar yang terdiri daripada 250 pelajar maktab dan selebihnya adalah pelajar tahfiz yang rata-ratanya telah menghafal lebih dari 5 juzuk dan ada juga beberapa pelajar yang telah berjaya menghafal sehingga 30 juz. Ini adalah satu kejayaan yang sangat besar menggembirakan buat kami diatas pencapaian pelajar-pelajar ini setelah berjaya membina madrasah dan ini pada tahun 2017 yang lalu.

Kemudian kami meneruskan perjalanan kami ke madrasah yang kedua pula iaitu di Madrasah Baitul Jannah yang terletak kira-kira 15 minit dari Madrasah Abu Bakar. Selesai sahaja mengumpul data-data pelajar Madrasah Baitul Jannah, tim kami pun pulang semula ke bandar Cox’s Bazaar dan selesaikan pembelian barang-barang yang ingin dibawa untuk keesokan harinya pula.


MISI PENDIDIKAN ROHINGYA BANGLADESH
05-12 DISEMBER 2024

Info Terbaru

  • All Post
  • Aktiviti Aim
  • Events
  • Health
  • Misi Pendidikan & Musim Sejuk Bangladesh
  • Misi Pendidikan Sekolah Khas OKU
  • Nursing
  • Projek Terkini
  • Projek Yang Sedang Berlangsung
  • Projek Yang Telah Selesai Dilaksanakan
  • Tajaan

Saling membantu

Kita membantu bukan bertujuan menunjuk tetapi mendekatkan diri kepada yang maha esa.

Kategori

PERTUBUHAN ANTARABANGSA
AL-AIN MALAYSIA

Sumbangan

Maybank 562740150023
Pertubuhan Antarabangsa Al-Ain Malaysia
Ref: Misi Kemanusiaan

Hubungi Kami

© 2023 | copyright by alain.org.my