PERTUBUHAN ANTARABANGSA AL-AIN MALAYSIA

Sumbangan amal ini akan disalurkan kedalam kempen-kempen yang sedang dijalankan atau yang bakal dijalankan untuk memenuhkan tabung derma kempen.

Edit Template

Day 4

Home - Blog Detail

Untuk hari ini, tiada lawatan madrasah dilakukan kerana kami akan melaksanakan agihan barangan asas untuk pelarian-pelarian di KEM PELARIAN IMCHURI.

Menariknya kem pelarian ini, mereka adalah pelarian yang telah lama datang dan menetap disini iaitu hampir 30 tahun yang lalu dan mereka juga tinggal di atas bukit yang agak tinggi betul-betul bertentangan dengan laut. Jadi kedudukan mereka yang tinggal di atas bukit ini agak terasing dari orang lain dan jauh dari penduduk bandar.

Kedatangan kami pada 8.00 pagi itu disambut dengan meriah sekali. Apabila kami telah sampai di kaki bukit, kebanyakan dari mereka telah menunggu kami untuk menyambut kedatangan kami dan juga untuk bantu mengangkat barang-barang asas yang akan diagihkan di atas bukit itu nanti.

Selesai sahaja menyusun kesemua set-set barangan asas, kami dapati bungkusan barangan asas itu tidak mencukupi dari jumlah asal iaitu sebanyak 80 pek.

Perkara ini bukanlah perkara yang pelik bagi kami kerana kami sangat memahami keadaan mereka yang hidup dalam kesusahan. Jadi apabila keadaan terdesak, mereka sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan bekalan makanan lebih dari orang lain sehinggakan sanggup untuk mengambil ketika keadaan sedang sibuk.

Tetapi alhamdulillah pek yang diambil itu berjaya dipulangkan setelah kami menasihati mereka dengan baik dan kami tidak akan mulakan agihan selagi pek makanan yang diambil itu tidak dipulangkan. Rupanya ianya telah disembunyikan di bawah meja di dalam madrasah kami sendiri.

Setelah selesai sahaja agihan pek barangan asas dilaksanakan di kem pelarian imchuri, kami melawat pula madrasah Al-Ain yang ada disitu. Setakat ini alhamdulillah semuanya berada dalam keadaan baik, tetapi guru-guru dan orang-orang kampung menyuarakan hasrat mereka untuk memasang pembesar suara di madrasah yang akan digunakan untuk membuat panggilan azan pada orang kampung.

Kemudian, kami berangkat pulang ke bandar Cox’s Bazaar untuk memulakan misi seterusnya iaitu AGIHAN INFAQ JUMAAT. Agihan ini akan diagihkan sebanyak 100 pek kepada penduduk tempatan yang sedang bekerja dan mereka yang tinggal di gelandangan. Alhamdulillah agihan ini berjaya diagihkan setelah tim kami selesai solat jumaat dan kalini kami membuat kelainan dengan membuat agihan menggunakan kenderaan tom-tom (motor roda tiga) di sekitar bandar.

Kemudiann di malam hari seperti biasa tim kami membuat persiapan dengan membeli beberapa barang keperluan untuk misi keesokan harinya.


MISI PENDIDIKAN ROHINGYA BANGLADESH
05-12 DISEMBER 2024

Info Terbaru

  • All Post
  • Aktiviti Aim
  • Events
  • Health
  • Misi Pendidikan & Musim Sejuk Bangladesh
  • Misi Pendidikan Sekolah Khas OKU
  • Nursing
  • Projek Terkini
  • Projek Yang Sedang Berlangsung
  • Projek Yang Telah Selesai Dilaksanakan
  • Tajaan

Saling membantu

Kita membantu bukan bertujuan menunjuk tetapi mendekatkan diri kepada yang maha esa.

Kategori

PERTUBUHAN ANTARABANGSA
AL-AIN MALAYSIA

Sumbangan

Maybank 562740150023
Pertubuhan Antarabangsa Al-Ain Malaysia
Ref: Misi Kemanusiaan

Hubungi Kami

© 2023 | copyright by alain.org.my