PERTUBUHAN ANTARABANGSA AL-AIN MALAYSIA

Sumbangan amal ini akan disalurkan kedalam kempen-kempen yang sedang dijalankan atau yang bakal dijalankan untuk memenuhkan tabung derma kempen.

Edit Template

Day 3

Home - Blog Detail

Hari ketiga perjalanan misi, seawal pagi tim kami perlu keluar untuk ke Kem Pelarian Rohingya kerana banyak perkara yang perlu dilaksanakan memandangkan hampir 4 tahun kami tidak membuat lawatan madrasah-madrasah yang telah dibina apabila Covid-19 telah melanda seluruh dunia.

Lawatan madrasah pertama kami pada hari ketiga adalah Madrasah Ummie Meriam yang terletak betul-betul di kaki kem pelarian. Madrasah ini salah satu istimewanya adalah mereka sendiri dengan bermurah hati telah mewakafkan tanah dan bangunan ini untuk dijadikan madrasah dibawah kelolaan Al-Ain Malaysia.

Jadi kami mengambil amanah dan tanggungjawab ini untuk menguruskan madrasah ini termasuklah membayar gaji ustaz-ustaz yang mendidik anak-anak pelarian ini setiap hari walaupun bayarannya tidaklah setanding dengan usaha mereka yang berusaha keras untuk melahirkan hafiz quran.

Pelajar-pelajar di Madrasah Ummi Meriam ini mempunyai dua kategori kelas iaitu pelajar maktab yang belajar membaca al-quran dan kategori kedua adalah pelajar tahfiz yang dalam usaha menghafal al-quran. Sehingga kini, ramai pelajar-pelajar di madrasah ini telah menghafal al-quran dengan bacaan yang baik sekali. Alhamdulillah.

Terkilan juga waktu tim kami membuat lawatan ke madrasah ini, banyak sangat kerosakan yang berlaku dan juga banyak kekurangan yang perlu ditambah baik. Jadi untuk misi kalini, kami sedang usaha untuk baik pulih madrasah-madrasah yang mempunyai kerosakan seperti atap bocor yang berlaku di Madrasah Ummi Meriam. Jadi setiap kali musim hujan, madrasah ini pasti akan dipenuhi dengan air hujan kerana atap madrasah ini sudah terlalu teruk kerosakannya.

Selesai membuat lawatan dan mengumpul data di Madrasah Ummi Meriam, tim kami meneruskan perjalanan untuk melawat madrasah kedua pula iaitu di Madrasah Imam Ahmad yang terletak di KEM PELARIAN GHUNDUM dan membuat laporan yang sama iaitu mengumpul data-data pelajar dan guru yang mengajar disitu.

Selesai sahaja lawatan di dua buah madrasah ini, tim kami pun pulang ke Cox’s Bazaar dan menyambung semula kerja-kerja pembelian barang yang akan digunakan untuk misi seterusnya termasuklah pembelian barangan asas sebanyak 80 pek untuk diagihkan kepada pelarian-pelarian Rohingya.


MISI PENDIDIKAN ROHINGYA BANGLADESH
05-12 DISEMBER 2024

Info Terbaru

  • All Post
  • Aktiviti Aim
  • Events
  • Health
  • Misi Pendidikan & Musim Sejuk Bangladesh
  • Misi Pendidikan Sekolah Khas OKU
  • Nursing
  • Projek Terkini
  • Projek Yang Sedang Berlangsung
  • Projek Yang Telah Selesai Dilaksanakan
  • Tajaan

Saling membantu

Kita membantu bukan bertujuan menunjuk tetapi mendekatkan diri kepada yang maha esa.

Kategori

PERTUBUHAN ANTARABANGSA
AL-AIN MALAYSIA

Sumbangan

Maybank 562740150023
Pertubuhan Antarabangsa Al-Ain Malaysia
Ref: Misi Kemanusiaan

Hubungi Kami

© 2023 | copyright by alain.org.my