PERTUBUHAN ANTARABANGSA AL-AIN MALAYSIA

Sumbangan amal ini akan disalurkan kedalam kempen-kempen yang sedang dijalankan atau yang bakal dijalankan untuk memenuhkan tabung derma kempen.

Edit Template

YAUMUL IHTIFAL

Home - Blog Detail

Majlis ini kami sediakan khas buat anak-anak yang belajar di Madrasah Darul Tahfiz Sri Al-Ain dan anak-anak Pertubuhan Kebajikan Baitul Jannah untuk menghargai kecemerlangan mereka baik dari segi akademik, kokurikulum dan sahsiah diri.

Walaupun mereka bukanlah belajar seperti sekolah-sekolah lain, tetapi kami mengambil inisiatif ini untuk menghargai mereka, meraikan mereka dengan sepenuh hati agar mereka semua tidak rasa terpinggir seperti anak-anak lain.

Majlis ini disertai dengan beberapa penghargaan kepada mereka yang cemerlang dalam kehadiran, akademi, hafazan, sukan, adab dan akhlak. Dan waktu itulah kegembiraan mereka begitu terpancar di wajah apabila menerima hadiah di atas segala usaha yang mereka lakukan selama ini.

Tidak lupa juga buat guru-guru yang berusaha dalam mendidik anak-anak yang istimewa ini, guru-guru yang datang dari pelbagai latar belakang bergerak seiring untuk mencapai misi dan visi dalam pendidikan kami. Semoga dengan penghargaan ini dapat memberi semangat kepada pelajar untuk lebih berusaha mencapai kejayaan pada masa akan datang.

Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada penaja-penaja yang telah menaja dan memberi sumbangan untuk menjayakan majlis Yaumul Ihtifal ini dengan lebih lancar.

FROM UMMAH TO UMMAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Info Terbaru

  • All Post
  • Aktiviti Aim
  • Events
  • Health
  • Misi Pendidikan & Musim Sejuk Bangladesh
  • Misi Pendidikan Sekolah Khas OKU
  • Nursing
  • Projek Terkini
  • Projek Yang Sedang Berlangsung
  • Projek Yang Telah Selesai Dilaksanakan
  • Tajaan

Saling membantu

Kita membantu bukan bertujuan menunjuk tetapi mendekatkan diri kepada yang maha esa.

Kategori

PERTUBUHAN ANTARABANGSA
AL-AIN MALAYSIA

Sumbangan

Maybank 562740150023
Pertubuhan Antarabangsa Al-Ain Malaysia
Ref: Misi Kemanusiaan

Hubungi Kami

© 2023 | copyright by alain.org.my