PERTUBUHAN ANTARABANGSA AL-AIN MALAYSIA

Sumbangan amal ini akan disalurkan kedalam kempen-kempen yang sedang dijalankan atau yang bakal dijalankan untuk memenuhkan tabung derma kempen.

Edit Template

REBUT PELUANG GANDAKAN AMALAN HARI YANG PENUH BERKAT DI HARI ASYURA

Home - Blog Detail

Sedekah pada hari Asyura dianggap sebagai sedekah selama setahun.

Jadi bersempena dengan hari Asyura hari ini yang jatuh pula pada hari Jumaat yang mulia, kami dengan gembiranya ingin mengajak dan membuka peluang kepada sahabat yang dermawan dan yang bermurah hati untuk laksanakan agihan makanan serentak di lima buah negara iaitu di MALAYSIA, YAMAN, SRI LANKA, KEMBOJA dan BANGLADESH.

Ini bertepatan dengan hadis daripada sahabat Abdullah bin Amr bin Ash RA yang bermaksud:

“Barangsiapa berpuasa Asyura maka seakan-akan berpuasa setahun. Dan barang siapa bersedekah di dalamnya (di hari Asyura) maka dia seperti bersedekah selama setahun.”

Bulan Muharram adalah salah satu bulan yang istimewa dalam Islam. Bulan ini disebut juga dengan syahrullah, bulan Allah. Disebabkan bulan Muharram adalah bulan yang mulia, jadi umat islam sangat dianjurkan memperbanyak amalan sunah pada bulan tersebut.

Hari Asyura tahun ini pula jatuh pada hari Jumaat dan ianya bertepatan dengan hari yang sangat istimewa iaitu hari Asyura,10 Muharram. Hari Jumaat sendiri adalah Sayyidul Ayyam yang maknanya penghulu hari. Secara sederhana bermaksud sebagai penghulu segala hari kerana mempunyai keistimewaan dibandingkan hari lain. Pada hari ini lah banyak peristiwa penting juga yang terjadi. Maka dari itu jangan terlepas dari keberkahan hari ini dengan melakukan sebanyak mungkin amal kebaikan.

Jom kita infaq untuk rebut keberkatan hari Asyura, salurkan sumbangan anda di:

Maybank 562740150023

Pertubuhan Antarabangsa Al-Ain Malaysia

Ref: ASYURA

Semoga Allah terima amalan kalian dan menggantikan kebaikan ini dengan berganda-ganda pahalanya ❤️

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Info Terbaru

  • All Post
  • Aktiviti Aim
  • Events
  • Health
  • Misi Pendidikan & Musim Sejuk Bangladesh
  • Misi Pendidikan Sekolah Khas OKU
  • Nursing
  • Projek Terkini
  • Projek Yang Sedang Berlangsung
  • Projek Yang Telah Selesai Dilaksanakan
  • Tajaan

Saling membantu

Kita membantu bukan bertujuan menunjuk tetapi mendekatkan diri kepada yang maha esa.

Kategori

PERTUBUHAN ANTARABANGSA
AL-AIN MALAYSIA

Sumbangan

Maybank 562740150023
Pertubuhan Antarabangsa Al-Ain Malaysia
Ref: Misi Kemanusiaan

Hubungi Kami

© 2023 | copyright by alain.org.my