Bagi kami pendidikan adalah perkara utama yang perlu dititik beratkan tidak kira di mana kita berada dan bagaimana keadaan yang kita jalani, jangan pernah berhenti untuk mencari ilmu.
Jadi, untuk pelarian Rohingya yang tinggal di dalam kem beramai-ramai tanpa sebarang kemudahan sekolah yang lengkap mahupun rumah yang selesa, kami tetap berusaha membangunkan madrasah untuk mereka menimba ilmu pengetahuan. Kami utamakan mereka untuk belajar mengaji dan menghafal al-quran kerana ilmu inilah yang akan membimbing mereka dan akan menyelamatkan mereka nanti di akhirat kelak. Kerana hidup di dunia ini hanya sementara sahaja.
Untuk projek Pendidikan dan Kebajikan anak-anak pelarian ini, kami memerlukan kos pengurusan yang sangat tinggi untuk membiayai anak-anak madrasah dan juga guru-guru yang mengajar di dalam kem pelarian tersebut.
Dan sebenarnya walaupun sekarang ini mereka kekurangan dari segi makanan harian, pakaian, harta benda tetapi kami mahu mereka semua ada harta yang ‘kekal’ untuk mereka pegang hingga ke akhir hayat. Ilmu ini jugalah yang akan menjadikan mereka orang yang lebih tinggi darjatnya di sisi Allah. Bantuan dan sumbangan dari sahabat semua kami akan manfaatkan kepada semua anak-anak madrasah dan guru-guru yang sanggup menjadi tenaga pengajar di bawah seliaan kami.
APAKAH SUMBANGAN YANG AKAN DISALURKAN KEPADA MEREKA?
- Kelengkapan Belajar (Al-Quran, Mukaqaddam, Rehal, Tikar)
- Beras dan barangan masak
- Pembinaan bangunan yang rosak (Atap, Dinding, Tandas, Pintu, Speaker Azan)
Jika sahabat berminat untuk menyalurkan bantuan seperti yang disenaraikan, boleh terus tekan “SUMBANG SEKARANG” atau jika ada sebarang masalah transaksi secara online, boleh masukkan terus ke dalam akaun:
Maybank 562740150023
Pertubuhan Antarabangsa Al-Ain Malaysia
Ref: Pendidikan Rohingya
Mudah-mudahan setiap ilmu yang mereka dapat, Allah ganjarkan juga pahalanya buat sahabat penaja yang sudi untuk sumbangan dalam pembinaan madrasah mereka.


















