Tahukah anda negara Yaman dan Bangladesh juga menghadapi musim sejuk yang agak teruk setiap tahun?
Dan setiap tahun juga tim Al-Ain Malaysia sedaya upaya membantu mereka melalui sumbangan dan bantuan dari rakyat Malaysia agar mereka yang tinggal di dalam kem tidak dibiarkan berada dalam kesejukan.
Kedudukan kem pelarian mereka yang berada di atas bukit membuat keadaan kem menjadi sangat sejuk. Pakaian harian mereka juga tidak lengkap seperti kita, apatah lagi mempunyai baju sejuk untuk dipakai ketika musim sejuk. Jadi tim kami tidak mahu berdiam diri kerana kesengsaraan mereka kurang mendapat perhatian ramai. Di hari Jumaat yang mulia ini kami ingin mengajak sahabat semua untuk bantu saudara kita yang berada di dalam kesejukan.
Bantuan akan dihulurkan terus kepada mereka apabila selesai mencapai sasaran sebanyak RM15,000 untuk kedua-dua kem pelarian di Yaman dan Rohingya Bangladesh.
Bantuan Musim Sejuk ini termasuk:
❄️ Baju sejuk
❄️ Stokin
❄️ Selimut
❄️ Barang Asas
Jika sahabat berminat untuk menyertai sumbangan MISI MUSIM SEJUK KEM PELARIAN, boleh salurkan terus ke akaun kami:
Maybank 562740150023
Pertubuhan Antarabangsa Al-Ain Malaysia
Ref: Musim Sejuk
Ataupun terus ke link kami di:
https://toyyibpay.com/Musim-Sejuk
Bantu kami untuk kami bantu mereka!














