Nabi SAW telah bersabda yang bermaksud:
“Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika hari raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, bahagiakan dirimu dengannya.” (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim)
Projek Korban ini telah menjadi program tradisi yang dilaksanakan oleh Al-Ain Malaysia sejak bertahun-tahun yang lalu.
Dan pada tahun 2022, kami masih meneruskan misi yang sama. Kami yakin dan percaya ramai lagi keluarga asnaf dan saudara muslim di luar sana menanti daging korban tetapi tidak mampu untuk memilikinya kerana kekangan hidup yang tinggi.
Daging-daging korban peserta akan terus diedarkan kepada asnaf/fakir miskin/pelarian-pelarian perang dan juga mereka yang di ambang kebuluran yang dahsyat. Percayalah, sumbangan dari kalian amat memberi makna kepada mereka yang memerlukan.
Antara negara yang akan dilaksanakan oleh team Al-Ain Malaysia ialah:
📌 Malaysia
📌 Yaman
📌 Bangladesh
📌 Sri Lanka
📌 Kemboja
Walaupun hanya setahun sekali sahaja ia dilaksanakan, tetapi kesan kepada mereka yang menerimanya amatlah besar. Semoga ia menjadi ladang pahala buat para peserta korban yang mempercayai pengurusan kami untuk menyampaikan amanah dari kalian.
UNTUK PENDAFTARAN BOLEH TERUS WHATSAPP ADMIN DI wasap.my/60179806766/DaftarKorban tekan “DAFTAR KORBAN”
































