PERTUBUHAN ANTARABANGSA AL-AIN MALAYSIA

Sumbangan amal ini akan disalurkan kedalam kempen-kempen yang sedang dijalankan atau yang bakal dijalankan untuk memenuhkan tabung derma kempen.

Edit Template

MESYUARAT AM TAHUNAN (AGM) KALI KE-3

Home - Blog Detail

Alhamdulillah. Telah selesai pembentangan laporan aktiviti dan kewangan dalam Mesyuarat Am Tahunan (AGM) Pertubuhan Antarabangsa Al-Ain Malaysia untuk kali ke-3. Dan mesyuarat kali ini tim sukarelawan & ahli yang komited hadir adalah seramai 16 orang secara fizikal & 5 orang secara maya.

Mesyuarat kali ini juga telah dijalankan pembubaran dan pelantikan Ahli Jawatan Kuasa (AJK) baru untuk tahun 2022/2023.

Kepada AJK baru yang dilantik, semoga dengan pelantikan baru ini, kita semua dapat menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab untuk sama-sama bergerak dalam satu pasukan dan dapat mengukuhkan lagi organisasi ini untuk ke arah yang lebih baik.

Kami juga mengharapkan kerjasama dari semua sahabat-sahabat dan sukarelawan Al-Ain Malaysia untuk sentiasa bersama-sama kami dalam perjuangan ini kerana tanpa kalian semua, kami bukanlah siapa-siapa untuk terus maju ke hadapan.

Semoga kita semua sentiasa diberikan peluang untuk menjalankan aktiviti kebajikan ini bersama-sama dan dapat memberi kebaikan serta manfaat kepada lebih ramai orang yang memerlukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Info Terbaru

  • All Post
  • Aktiviti Aim
  • Events
  • Health
  • Misi Pendidikan & Musim Sejuk Bangladesh
  • Misi Pendidikan Sekolah Khas OKU
  • Nursing
  • Projek Terkini
  • Projek Yang Sedang Berlangsung
  • Projek Yang Telah Selesai Dilaksanakan
  • Tajaan

Saling membantu

Kita membantu bukan bertujuan menunjuk tetapi mendekatkan diri kepada yang maha esa.

Kategori

PERTUBUHAN ANTARABANGSA
AL-AIN MALAYSIA

Sumbangan

Maybank 562740150023
Pertubuhan Antarabangsa Al-Ain Malaysia
Ref: Misi Kemanusiaan

Hubungi Kami

© 2023 | copyright by alain.org.my