Tim Al-Ain Yaman berhasrat melaksanakan program lawatan sekolah untuk anak-anak pelarian Al-Azraqain. Dan Alhamdulillah pada hari Khamis (10 Mac 2022) tim Al-Ain Yaman berjaya melaksanakan program tersebut dengan jayanya. Hampir 100 orang pelajar-pelajar Al-Azraqain mengikuti lawatan ke taman tema tersebut dengan keizinan ibu bapa mereka.
Jujur tim Al-Ain Yaman katanya, lawatan ini terlalu bermakna buat mereka, tak dapat digambarkan dengan kata-kata perasaan mereka apabila dapat keluar dari kem pelarian dan bergembira bersama rakan-rakan mereka.
Kami berharap peluang yang mereka dapat kali ini bukanlah yang terakhir untuk mereka. Semoga rezeki buat mereka untuk diraikan seperti ini masih ada pada masa akan datang. InsyaAllah.
















