KURSUS 3D PRINTING ANAK-ANAK MADRASAH
Guru-guru menghantar beberapa orang pelajar dewasa Madrasah Darul Tahfiz Sri Al-Ain untuk menghadiri kursus 3D printing di syarikat Synchronetwork Sdn Bhd yang telah ditaja oleh pihak penaja madrasah sendiri.
Kami mengambil peluang ini untuk mengasah bakat anak-anak madrasah dan juga memberikan ilmu pengetahuan yang lebih luas buat mereka. Madrasah kami bukan sahaja menitikberatkan pembelajaran subjek-subjek asas tetapi juga cuba berusaha menyediakan kelas-kelas kemahiran untuk pelajar ini agar ilmu yang disampaikan boleh digunakan dalam jangka masa yang panjang.
Kami amat mengalu-alukan buat sahabat atau mana-mana organisasi yang ingin menyantuni anak-anak madrasah kami dan melaksanakan aktiviti bersama mereka untuk jangka masa yang panjang ataupun pendek. Moga dapat memberi manfaat untuk mereka semua.











