Tim Al-Ain hadir di Pertubuhan Kebajikan Baitul Jannah Maran, Pahang untuk menyambut dan memeriahkan majlis khatam Al-Quran anak-anak yang berjaya menghabiskan bacaan Al-Quran 30 juzu’.
Usaha guru-guru ini sangatlah luar biasa mendidik anak-anak yang agak ketinggalan dalam pendidikan tetapi itu bukanlah penghalang untuk mereka membimbing anak-anak ini sehingga pandai membaca Al-Quran dan khatam pada waktunya.
Majlis yang ringkas ini adalah tanda untuk menghargai usaha anak-anak yang telah berusaha keras menghabiskan bacaan Al-Quran dan juga untuk menaikkan semangat rakan-rakannya yang lain untuk mempercepatkan bacaan Al-Quran.








