Pada 20 Mei 2023, Madrasah Darul Tahfiz Sri Al-Ain telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri untuk anak-anak dan guru-guru di madrasah dan berjalan dengan sangat lancar.
Alhamdulillah rezeki anak-anak dapat makan makanan yang sedap hasil dari sumbangan ibu bapa yang sudi untuk menyediakan hidangan buat anak-anak lain yang kurang berkemampuan. Majlis juga berlangsung dengan ceramah dari Ustaz Juwaini untuk memberikan sedikit ilmu buat anak-anak tentang sirah, akhlak dan adab.
Selain dari itu, majlis kali ini turut mengadakan beberapa kuiz untuk menguji tahap keilmuan anak-anak dengan pelbagai soalan dan bagi mereka yang menjawab soalan dengan betul akan diberikan hadiah secara rawak.
SELAMAT HARI RAYA diucapkan buat semua sahabat penyumbang Al-Ain Malaysia yang sentiasa menyokong gerak kerja misi kemanusiaan dan pendidikan kami sehingga ke hari ini.























