Alhamdulillah buat pertama kalinya tim Al-Ain Malaysia berkolaborasi bersama syarikat Synchronetwork untuk melaksanakan projek Infaq Jumaat pada hari yang penuh berkah ini.
Kerjasama ini bukan sahaja dapat mengeratkan silaturrahim sesama kami tetapi juga dapat memberi kegembiraan kepada mereka yang menerima manfaatnya. Apa sahaja infaq yang diberikan pastinya memberi kesan yang baik buat penerima utamanya pada yang memerlukan, pastinya dapat mengurangkan beban mereka juga menghilangkan penat lelah bekerja seharian.
Terima kasih buat team Synchronetwork yang sudi untuk bekerjasama menjayakan projek ini.
“Hai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (di jalan Allah) sebagian dari rezeki yang telah Kami anugerahkan kepadamu sebelum datangnya hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi syafa’at. Dan orang-orang yang kafir itulah orang-orang yang zalim.” – Q.S Al-Baqarah: 254












