Projek infaq Jumaat ini telah lama dijalankan oleh tim kami sendiri. Dari awal infaq yang bermodalkan hanya sebungkus nasi lemak, kini agihan makanan infaq Jumaat boleh dikatakan hampir semua menu kami dapat berikan kepada mereka. Sasaran utama kami semestinya mereka yang sedang bekerja tidak kira sama ada pembersih jalanan, pengawal keselamatan, pemandu lori, pekerja stesyen minyak dan sesiapa sahaja yang kami jumpai.
Projek infaq Jumaat yang dulu pemberiannya hanya di Selangor, kini kami telah meluaskan lagi kawasan pengagihan yang bertempat di Maran, Kuantan, Johor Bahru, dan kini pengagihan baru kami di Terengganu. Ini semua adalah usaha-usaha daripada tim sukarelawan Al-Ain sendiri yang sanggup untuk memikul tanggungjawab dan menginfaqkan tenaga dan masa mereka untuk melaksanakan agihan infaq Jumaat setiap minggu.
Misi utama kami dalam melaksanakan projek infaq Jumaat ini sudah pastinya dengan memberi makanan yang terbaik buat penerima dan dalam masa yang sama kami juga memberi peluang kepada masyarakat untuk menyalurkan harta mereka untuk diinfaqkan kepada orang ramai. Lebih bermanfaat lagi apabila infaq dan agihan makanan ini dilaksanakan setiap minggu pada hari Jumaat di mana ia adalah sebaik-baik hari untuk kita beramal. Ketahuilah, terdapat banyak ganjaran yang disediakan oleh ALLAH SWT untuk kita raih pada hari Jumaat.
1 PEK MAKANAN: RM10
SASARAN: 100 PAX
JUMLAH DIPERLUKAN: RM1000
Jika sahabat berminat untuk menyalurkan bantuan seperti yang disenaraikan, boleh terus tekan “SUMBANG SEKARANG” atau jika ada sebarang masalah transaksi secara online, boleh masukkan terus ke dalam akaun:
Maybank 562740150023
Pertubuhan Antarabangsa Al-Ain Malaysia
Ref: Infaq Jumaat
“BERSEDEKAH PADA HARI JUMAAT INI LEBIH MULIA BERBANDING HARI-HARI LAIN. BESARNYA NILAI GANDAAN GANJARAN BERSEDEKAH PADA HARI JUMAAT BERBANDING HARI LAIN ADALAH SEPERTI BESARNYA PAHALA AMALAN BULAN RAMADAN BERBANDING BULAN-BULAN LAIN.”
Justeru, biasakan diri kita dengan bersedekah kerana amalan mulia ini tidak akan menjadikan kita jatuh miskin, sebaliknya akan bertambah dan dijauhkan daripada musibah. InsyaAllah, projek infaq Jumaat ini sangat memberi manfaat kepada orang ramai. Ia bukan sahaja dapat membantu kita berlapang dada dan membersihkan hati, tetapi ia juga sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban penerima dan memberi kegembiraan kepada mereka yang menerimanya.









