PERTUBUHAN ANTARABANGSA AL-AIN MALAYSIA

Sumbangan amal ini akan disalurkan kedalam kempen-kempen yang sedang dijalankan atau yang bakal dijalankan untuk memenuhkan tabung derma kempen.

Edit Template

FOOD BASKET RAMADAN PELARIAN YAMAN

Home - Blog Detail

Terkejut kami apabila membaca laporan agihan Ramadan Basket dari tim Yaman sendiri sewaktu mereka selesai membuat agihan.

Agihan kalini tim kami tidak laksanakan di kem-kem pelarian, tetapi kami fokus di luar kawasan kem pelarian. Tim kami menggelar mereka orang-orang “Muta’afifin”. Golongan “Muta’afifin” ini ialah orang miskin yang menyewa di kedai-kedai kecil, tetapi ajaibnya mereka sendiri tidak mengharapkan apa-apa bantuan dari orang luar. Mereka berusaha mencari rezeki sendiri walaupun keadaan mereka tidak mengizinkan.

Ada penerima sumbangan dari kami merupakan anak yatim piatu sejak dari kecil, ada juga dari golongan ibu tunggal. Mereka sudahlah memang sedia ada miskin, ditambah pula dengan pelbagai penyakit-penyakit yang hadir. Mana mungkin mereka mendapatkan rawatan yang baik.

Bila ditanya kenapa gelaran mereka begitu, rupa-rupanya mereka ini:

  1. Tidak tinggal di kem-kem pelarian perang, tetapi keluarga mereka menyewa di kedai-kedai kecil dengan kadar sewaan yang sangat rendah dan sempit. Ada juga yang menyewa bilik yang sangat kecil dan tidak wajar untuk dijadikan rumah untuk didiami.
  2. Sebahagian daripada mereka lebih teruk keadaannya dari penduduk-penduduk yang tinggal di dalam kem pelarian.
  3. Mereka tidak mendapat mana-mana perhatian dan bantuan dari organisasi luar seperti kem-kem pelarian yang lain. Dan mereka sendiri tidak meminta untuk dibantu.
  4. Antara penerima bantuan Basket Ramadan kali ini termasuk juga anak yatim piatu dan ibu tunggal yang tidak bekerja dan tidak ditanggung.
  5. Ada juga dari keluarga yang mempunyai anak yang sakit, disebabkan tidak mempunyai kewangan yang cukup, dia hanya merawat sahaja anaknya dengan rawatan biasa dan akhirnya anak itu meninggal dunia.
  6. Dan yang terakhir, ada penerima dari seorang cikgu yang gajinya tidak dibayar (kebanyakan pekerjaan di Yaman tidak dibayar termasuk doktor). Mereka menjadi miskin tetapi disebabkan malu untuk meminta, dia hanya berpura-pura mengatakan tidak memerlukan bantuan tersebut.

 

Semoga Allah merahmati mereka.

Untuk Basket Ramadan kali ini, tim kami tidak dapat untuk memberi gambar agihan yang banyak kerana mereka menghormati permintaan penerima yang malu untuk meminta dan menerima bantuan dari orang.

Bantuan ini, betul-betul memberi makna yang besar untuk mereka.

Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Info Terbaru

  • All Post
  • Aktiviti Aim
  • Events
  • Health
  • Misi Pendidikan & Musim Sejuk Bangladesh
  • Misi Pendidikan Sekolah Khas OKU
  • Nursing
  • Projek Terkini
  • Projek Yang Sedang Berlangsung
  • Projek Yang Telah Selesai Dilaksanakan
  • Tajaan

Saling membantu

Kita membantu bukan bertujuan menunjuk tetapi mendekatkan diri kepada yang maha esa.

Kategori

PERTUBUHAN ANTARABANGSA
AL-AIN MALAYSIA

Sumbangan

Maybank 562740150023
Pertubuhan Antarabangsa Al-Ain Malaysia
Ref: Misi Kemanusiaan

Hubungi Kami

© 2023 | copyright by alain.org.my