Al-Ain Malaysia bersama-sama Rumah Kebajikan Baitul Jannah membuka booth terakhir bertempat di Pelindung Kuantan sebelum Ramadhan. Alhamdulillah meriah dengan sambutan orang ramai dan program ini juga bertujuan untuk menyebarluaskan lagi tentang kewujudan organisasi kami kepada orang ramai.
Kami sangat mengalu-alukan jika ada mana-mana organisasi atau syarikat yang ingin menjemput kami untuk pameran dan program-program terbuka di mana-mana dan bila-bila masa.









