Seronok adik-adik Baitul Jannah apabila berkesempatan untuk merasai perkelahan di Air Terjun Berkelah bersama rakan-rakan yang lain. Aktiviti ini adalah aktiviti yang sangat bermanfaat buat mereka juga memberikan ketenangan untuk minda mereka.
Program yang dilaksanakan di Rumah Kebajikan Baitul Jannah bukan sahaja pembelajaran formal untuk mereka, tetapi kami juga memberikan aktiviti bebas yang boleh merangsangkan minda mereka untuk lebih tekun dalam pembelajaran. Moga aktiviti seperti ini dapat memberikan kegembiraan untuk adik-adik Baitul Jannah.








