Kami tahu sesetengah rakyat Malaysia menghadapi krisis kekurangan keperluan barangan asas, kadang kala mereka bukanlah orang yang tergolong dalam asnaf fakir miskin, tetapi ada di antara mereka yang ‘miskin bandar’ dan itulah yang membuatkan mereka agar sukar untuk mendapatkan bantuan dari kerajaan atau mana-mana pihak yang bertanggungjawab.
Kemerosotan ekonomi dari pelbagai pihak semakin ketara selepas kedatangan wabak penyakit Covid-19 yang telah menyerang seluruh dunia. Sejak dari itu, kami menerima banyak permohonan dan desakan dari orang ramai yang perlukan bantuan barangan asas untuk kelangsungan hidup. Ada juga di antara mereka yang terpaksa dibuang kerja tanpa notis awal dan perniagaan masyarakat kita juga banyak yang merosot. Itulah punca utama ramai pemuda-pemuda termasuk juga yang berkeluarga terpaksa menjadi penganggur secara mendadak.
Justeru itu, kami dengan rasa tanggungjawab dan prihatin dengan nasib yang terjadi di seluruh Malaysia ini, Al-Ain Malaysia akan cuba sebaik mungkin untuk membantu mereka yang tertindas dan juga yang memerlukan bantuan sama ada dari segi bantuan barangan asas, makanan, perubatan dan bantuan-bantuan kecemasan seperti banjir ataupun bencana alam dan sebagainya.
Dengan itu, kami sangat mengalu-alukan sumbangan dan bantuan dari sahabat atau mana-mana pihak yang sudi untuk bersama-sama kami dalam meringankan beban yang ditanggung oleh mereka yang kurang bernasib baik.
SIAPA YANG LAYAK MENERIMA BANTUAN BARANGAN ASAS INI?
- Keluarga asnaf dan fakir miskin
- Keluarga yang terkesan dengan kemerosotan ekonomi
- Gelandangan
- OKU
BAGAIMANA ANDA BOLEH TURUT BERSAMA UNTUK BANTU KAMI MENYALURKAN BANTUAN KEPADA MEREKA?
- Sumbangan barangan asas 1 pek: RM100
- Sumbangan bantuan barangan bayi dan kanak-kanak: RM100
- Bantuan perubatan: RM100
- Bantuan umum RM10, RM20, RM50
Jika sahabat berminat untuk menyalurkan bantuan seperti yang disenaraikan, boleh terus tekan “SUMBANG SEKARANG” atau jika ada sebarang masalah transaksi secara online, boleh masukkan terus ke dalam akaun:
Maybank 562740150023
Pertubuhan Antarabangsa Al-Ain Malaysia
Ref: Barangan asas



















