Bencana banjir ini sudah tidak asing lagi bagi negara kita yang akan menghadapinya setiap tahun. Lebih-lebih lagi di negeri timur yang sentiasa terjejas seperti di sekitar Terengganu, Kelantan dan Pahang akibat hujan yang berterusan.
Kini, banyak tempat yang telah dinaiki air hingga ke paras bahaya dan banyak tempat telah musnah akibat banjir kali ini. Banjir teruk ini sudah pastinya memberi kesan yang teruk juga buat mangsa-mangsa iaitu kehilangan harta benda termasuklah rumah yang didiami dengan sekelip mata.
InsyaAllah, tim kami akan cuba berusaha untuk membantu mereka yang menjadi mangsa banjir dalam masa yang terdekat. Jika sahabat ada sebarang info terkini tentang banjir di sekitar Terengganu dan Kelantan, boleh maklumkan terus pada kami.
SUMBANGAN DAN DANA BANJIR
Untuk sumbangan dana, sahabat boleh salurkan terus ke akaun kami atau tekan “SUMBANG SEKARANG”
Maybank 562740150023
Pertubuhan Antarabangsa Al-Ain Malaysia
Ref: Bantuan Banjir












