Pelajar-pelajar madrasah kami bukanlah seperti anak-anak yang lain bila ke sekolah semuanya berpakaian cantik dan lengkap beruniform. Tapi bagi anak-anak ini, tidak memiliki uniform yang lengkap bukanlah sebab untuk mereka tidar hadir untuk menuntut ilmu. Malah, tidak pernah kami letakkan syarat lengkap beruniform sebagai syarat utama untuk mereka hadir ke sekolah kerana kami sendiri tahu kemampuan anak-anak di bawah jagaan kami.
Dan hari ini, anak-anak tersenyum lebar apabila menerima tajaan dari salah seorang penaja madrasah yang sudi untuk menggembirakan anak-anak dengan menghadiahkan uniform sekolah buat mereka dan hampir 100 orang pelajar telah menerima uniform tersebut.
Terima kasih tidak terhingga buat penaja yang sudi untuk menaja keseluruhan baju uniform anak-anak madrasah kami. Inilah kebahagiaan yang besar buat mereka dan buat kami sebagai perantara. Sangat besar.
Semoga dengan pemberian baju ini dapat menaikkan lagi semangat mereka untuk terus menimba ilmu di Madrasah Darul Tahfiz Sri Al-Ain.
Syukran!


















