Kem pelarian Rohingya di Cox’s Bazar, Bangladesh, menempatkan lebih dari satu juta pelarian yang terpaksa melarikan diri dari keganasan dan penindasan di Myanmar. Kehidupan di kem pelarian ini sangat mencabar dan setiap hari mereka berjuang untuk bertahan hidup dalam keadaan yang sangat kritikal disebabkan semua keperluan utama mereka seperti makanan, pakaian, ubat-ubatan dan tempat perlindungan sangat terhad disebabkan penduduk di dalam kem pelarian yang ada semakin bertambah.
Musim sejuk di Bangladesh telah tiba di mana suhu di kem pelarian boleh turun sehingga 12 darjah celcius. Lebih teruk lagi apabila pelarian-pelarian ini tidak mempunyai kelengkapan dan persediaan yang lengkap untuk menghadapi musim sejuk seperti selimut, baju sejuk, stokin disebabkan mereka lebih mementingkan keperluan makanan untuk teruskan kehidupan seharian.
Suhu rendah boleh menyebabkan pelarian, terutamanya kanak-kanak dan orang tua, terdedah kepada risiko penyakit pernafasan, selesema, dan hipotermia. Ini memberi kesan yang besar kepada tahap kesihatan mereka, yang sudah pun lemah akibat kecederaan, trauma, dan kekurangan nutrisi yang berterusan. Kematian di dalam kem pelarian akibat musim sejuk yang melampau adalah menjadi kebiasaan kepada mereka setiap tahun.
Kami Al-Ain Malaysia, mengambil langkah untuk membantu memenuhi keperluan musim sejuk mereka setidak-tidaknya baju sejuk untuk setiap anak-anak Madrasah Al-Ain yang mempunyai hampir 1000 pelajar.
SUMBANGAN BAJU SEJUK UNTUK PELARIAN
Bantuan baju sejuk ini bertujuan untuk mengurangkan kesakitan dan memberi sedikit keselesaan kepada mereka untuk menghadapi musim sejuk pada tahun ini.
Kami sangat berharap sumbangan dan dana dari anda semua dapat membantu mereka untuk bertahan di samping dapat memberi kegembiraan kepada mereka apabila menerima bantuan dari orang luar.
HANYA RM30 UNTUK SEHELAI BAJU SEJUK
Sumbangan baju sejuk boleh disalurkan di https://toyyibpay.com/Musim-Sejuk-Pelarian
Atau sumbangan ke akaun:
Maybank 562740150023
Pertubuhan Antarabangsa Al-Ain Malaysia
Ref: Baju Sejuk Pelarian




















