Sabda Rasulullah “Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, maka Allah akan membina baginya rumah di syurga kelak (binaan) seumpamanya,” (Hadith Riwayat Muslim).
Saudara-saudara pelarian kita di Yaman memerlukan sedikit bantuan kita untuk baik pulih masjid yang mereka gunakan setiap hari untuk beribadah. Penempatan pelarian-pelarian mereka di sana ibarat sebuah padang pasir yang tidak sama kehidupan mereka yang hidup di bandar. Kesusahan kehidupan di bandar masih lagi boleh mengemis di jalanan dan meminta belas ihsan orang ramai. Tetapi kehidupan di kem-kem pelarian ini banyak bergantung dari bantuan orang luar sahaja.
Masjid yang dibina dari NGO luar ini masih belum sempurna sepenuhnya, banyak kekurangan yang perlu ditampung untuk keselesaan mereka seperti sumber elektrik, pembesar suara, almari, solar dan lantai di ruang solat wanita. Walaupun belum sempurna tetapi mereka telah menggunakan sepenuhnya masjid tersebut untuk solat berjemaah setiap hari, tetapi sebenarnyalebih seronok apabila keperluan-keperluan masjid yang kosong itu dipenuhi.
Ada tak sahabat yang sudi kongsikan rezeki untuk baik pulih masjid pelarian-pelarian di Yaman ni?
Anggaran kos yang kami terima setakat ini untuk membaiki kekurangan masjid ini adalah sebanyak RM12,000 termasuk bahagian wanita yang perlu disimen sepenuhnya.
BAIK PULIH MASJID PELARIAN:
- Sumber Elektrik
- Pembesar Suara
- Almari
- Solar
- Ruang Solat Wanita
- Karpet
Jika ada sahabat yang sudi untuk kongsi rezeki, boleh salurkan ke akaun kami atau tekan “SUMBANG SEKARANG”
Maybank 562740150023
Pertubuhan Antarabangsa Al-Ain Malaysia
Ref: Masjid Pelarian








