Pada 18 November yang lepas Al-Ain Malaysia telah berjaya melaksanakan Annual General Meeting (AGM) yang diadakan di MRI Residence Sungai Buloh dan telah dihadiri oleh sukarelawan, AJK dan beberapa penyumbang Al-Ain Malaysia seramai 16 orang secara fizikal dan 5 orang secara online.
Mesyuarat kali ini adalah bertujuan untuk membuat pembentangan keseluruhan aktiviti dan kewangan bagi tahun 2022.
Semoga para sahabat, AJK, sukarelawan dan penyumbang yang hadir mendengar dan menonton keseluruhan aktiviti dan kewangan yang disalurkan menggunakan duit sumbangan dan dana orang ramai ini dapat memberikan kelegaan dan kepercayaan yang lebih tinggi untuk melaksanakan projek-projek yang akan datang.
Sungguh! Kami sangat gembira setiap kali ingin memaklumkan kepada sahabat semua segala duit sumbangan yang disalurkan benar-benar memberi manfaat kepada ramai orang terutamanya buat lima buah negara yang menjadi penerima sumbangan terbesar kalian iaitu di Malaysia, Yaman, Bangladesh, Sri Lanka dan Kemboja.
Ucapan tahniah juga buat team Al-Ain Malaysia yang berusaha penat lelah dalam membuat persediaan program akan berjalan dengan lebih lancar dan teratur.
From Ummah To Ummah
















