Alhamdulillah, penantian yang ditunggu-tunggu selama ini untuk memiliki tangki air telah pun tercapai di Kem Pelarian Al-Azraqain B. Kehadiran mereka yang baru sahaja tinggal dan menetap di bersebelahan tempat pembuangan sampah itu menyampaikan hasrat pada kami untuk memiliki tangki air untuk kegunaan harian mereka.
Tangki air yang telah terbina untuk pelarian-pelarian sebelum ini, tidak mampu menampung kegunaan pelarian yang baru hadir dan menumpang teduh di situ.
InsyaAllah, sumbangan dari seorang hamba Allah ini moga-moga dapat memberi manfaat kepada ramai orang.









