Teruja anak-anak ini apabila menerima bantuan selimut untuk menghadapi musim sejuk yang suhunya semakin tinggi dari hari ke hari.
Musim sejuk di Yaman baru-baru ini telah menyebabkan kematian bayi di dalam kem pelarian Ar-Reqqah. Keadaan musim sejuk di sana menjadi semakin kritikal buat mereka apabila kekurangan dari segi kemudahan termasuk khemah yang elok, selimut dan pemanas. Bagi mereka keadaan sejuk itu perlu diharungi seperti hari-hari lain kerana bantuan dari orang ramai sangat terhad.
Bulan Januari adalah kemuncak musim sejuk di Yaman. Jika rumah yang mereka duduki itu tiada selimut, tiada katil dan tiada alas, bagaimana pula mereka ingin berlindung dari musim sejuk ini?
Agihan yang kami laksanakan ini masih belum mencukupi untuk menampung keluarga pelarian-pelarian yang tinggal di dalam kem kerana bantuan diberikan mengikut dana yang kami terima dari sahabat semua. Mereka yang tinggal di dalam kem pelarian itu sangatlah ramai dan jauh dari sasaran kami.
Apapun, Terima kasih diucapkan kepada sahabat semua yang telah menyumbang dan berkongsi rezeki dengan saudara-saudara kita yang hidup dalam kesusahan.















