Tahun 2022 ini sekali lagi kami telah berjaya mengagihkan sebanyak 80 pasang baju raya kepada anak-anak pelarian yang tinggal di sekitar Sana’a.
Sungguh ia memberi kesan yang sangat mendalam buat mereka pada tahun ini apabila dapat meraikan Hari Raya pada tahun ini dengan baju raya yang baru. Ini adalah usaha kecil kami buat mereka untuk sama-sama merasakan kegembiraan hari raya yang sebenar-benarnya.
Jujur inilah saat-saat yang sentiasa menggembirakan hati kami apabila dapat menyampaikan amanah dari sahabat semua untuk kemeriahan anak-anak ini menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. Syukran Malaysia ❤️
















