Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang memberi kepercayaan kepada kami sebagai wakil agihan fidyah kalian.
Perkampungan Kemboja ini adalah salah satu tempat yang menerima agihan beras fidyah kami dan agihan beras fidyah telah diberikan kepada penduduk-penduduk yang benar-benar miskin dan memerlukan di sekitar kampung yang diuruskan oleh Ustaz Syukri Ibrahim, mudir Madrasah Al-Muhajirin.
Semoga Allah sentiasa menerima amalan kita semua dan masukkan kita dalam golongan orang-orang yang beriman.
Terima kasih sahabat.














