PERTUBUHAN ANTARABANGSA AL-AIN MALAYSIA

Sumbangan amal ini akan disalurkan kedalam kempen-kempen yang sedang dijalankan atau yang bakal dijalankan untuk memenuhkan tabung derma kempen.

Edit Template

MY SISTERS IN JANNAH 1.0

Home - Blog Detail

MENDIDIK JIWA REMAJA UNTUK LEBIH BERAKHLAK MULIA

Program MY SISTERS IN JANNAH pada 29&30 Oktober yang lepas sangat memberi manfaat dan kesan yang mendalam buat pelajar-pelajar perempuan Madrasah Darul Tahfiz Sri Al-Ain.

Program ini melibatkan seramai 13 orang pelajar remaja yang sedang meningkat dewasa dan mempunyai matlamat yang tinggi untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Sejujurnya, program-program yang melibatkan emosi dan kerohanian anak-anak ini sangat penting untuk mendidik mereka membina jati diri, memberitahu kepentingan menjaga maruah diri sebagai seorang perempuan, adab bersama guru-guru dan orang sekeliling, cara solat yang betul dan banyak lagi.

Aktiviti yang berlangsung selama dua hari itu kami padatkan dengan segala ilmu-ilmu yang perlu mereka tahu dan semoga mereka akan lebih berusaha untuk menjadi remaja yang berakhlak mulia. Dan insyaAllah dari pihak kami, kami akan sedaya upaya untuk melakukan aktiviti usrah ini lebih kerap buat pelajar-pelajar perempuan, bukan hanya untuk pelajar madrasah kami tetapi juga untuk remaja-remaja di luar sana yang berminat untuk sertai program di bawah @mysistersinjannah.

Terima kasih buat para penaja yang sudi untuk bersama-sama kami menjayakan projek ini dengan sumbangan dan dana dari kalian. Moga pahala sentiasa akan mengalir selagi mana mereka mempraktiskan ilmu-ilmu yang diberikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Info Terbaru

  • All Post
  • Aktiviti Aim
  • Events
  • Health
  • Misi Pendidikan & Musim Sejuk Bangladesh
  • Misi Pendidikan Sekolah Khas OKU
  • Nursing
  • Projek Terkini
  • Projek Yang Sedang Berlangsung
  • Projek Yang Telah Selesai Dilaksanakan
  • Tajaan

Saling membantu

Kita membantu bukan bertujuan menunjuk tetapi mendekatkan diri kepada yang maha esa.

Kategori

PERTUBUHAN ANTARABANGSA
AL-AIN MALAYSIA

Sumbangan

Maybank 562740150023
Pertubuhan Antarabangsa Al-Ain Malaysia
Ref: Misi Kemanusiaan

Hubungi Kami

© 2023 | copyright by alain.org.my