Cuti sekolah telah pun bermula. Jadi kami mengambil kesempatan melaksanakan KEM BIJAK MEMBACA (2 Mac 2023) selama 5 hari di madrasah buat pelajar-pelajar yang masih lagi di tahap yang lemah dan belum menguasai 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira.
Pada akhir kem ini, pelajar-pelajar yang hadir menunjukkan prestasi yang sangat positif dan kesan yang sangat baik . InsyaAllah, usaha ini akan diteruskan dan ditambah baik dari masa ke masa untuk melatih anak-anak menjadi pelajar yang lebih bijak dan cemerlang dalam pelajaran.
Tidak lupa juga kepada guru-guru yang sanggup berkorban masa dan tenaga untuk hadir ke madrasah dan menggalas tanggungjawab untuk mengajar anak-anak ini dengan penuh kesabaran hingga berjaya mencapai kejayaan.
Dan pada hari terakhir, madrasah telah mengadakan Majlis Penutup Kem Bijak Membaca kepada pelajar-pelajar yang hadir serta memberikan komitmen penuh untuk program kali ini yang berlangsung selama 4 hari berturut-turut.
FROM UMMAH TO UMMAH




















