Anak-anak pelarian di Yaman ini mempunyai impian yang sangat besar, mereka sangat mengimpikan untuk mempunyai sekolah seperti kanak-kanak lain. Mereka juga mempunyai keinginan untuk belajar bersama rakan-rakan yang lain. Tapi keadaan mereka sebagai anak pelarian menjadikan ia satu halangan untuk mereka bersekolah seperti kanak-kanak lain.
Laporan daripada tim Al-Ain Yaman menyatakan bahawa pelarian-pelarian ini telah ‘membina’ sekolah dari bangunan lama yang telah ditinggalkan untuk generasi-generasi mereka menimbal ilmu pengetahuan. Perkara ini amatlah menyedihkan kami apabila melihat sendiri keadaan sekolah mereka walaupun sebenarnya ia tidak langsung layak untuk dipanggil sekolah. Tetapi disebabkan keinginan yang besar untuk anak-anak ini belajar, maka mereka meneruskan juga pembelajaran di bangunan yang usang itu.
Tim Al-Ain Malaysia mengambil berat tentang impian yang disuarakan oleh mereka untuk bersekolah. Kami juga ingin melihat mereka seperti kanak-kanak lain yang berlari-lari untuk ke sekolah, belajar bersama kawan-kawan dan lengkap berpakaian sekolah.
Dan impian ini perlu dilakukan bersama-sama sahabat semua. Kami ingin mengajak sahabat semua untuk sama-sama berusaha menjadikan impian mereka untuk mempunyai sekolah tercapai suatu hari nanti.
Sasaran Back To School 2: RM15,000
Penerima: 120 anak pelarian dan 5 tenaga pengajar
APAKAH SUMBANGAN YANG AKAN DIBERIKAN KEPADA MEREKA?
- Kelengkapan guru
- Kelengkapan pelajar
- Buku nota dan buku pelajaran
- Perabot sekolah
- Pakaian lengkap sekolah
Jika sahabat berminat untuk menyalurkan bantuan seperti yang disenaraikan, boleh terus tekan “SUMBANG SEKARANG” atau jika ada sebarang masalah transaksi secara online, boleh masukkan terus ke dalam akaun:
Maybank 562740150023
Pertubuhan Antarabangsa Al-Ain Malaysia
Ref: Pendidikan Yaman
Kami berharap agar kempen untuk pembangunan sekolah anak-anak ini dapat dijayakan secepat mungkin. Semoga impian anak-anak pelarian ini untuk mempunyai perabot dan peralatan sekolah yang lengkap juga akan tercapai untuk melahirkan generasi yang lebih berilmu.
















