Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua sahabat yang telah memberi sepenuh kepercayaan kepada kami untuk menjadi wakil melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang berat ini.
Kami juga sangat terharu apabila menerima dan mengumpulkan kesemua laporan qurban dari kelima-lima negara, tahun ini kita telah memberi manfaat kepada lebih ramai lagi orang dari QURBAN 2022 yang lepas iaitu kenaikan sebanyak 54.63% keluarga yang telah menerima manfaatnya.
Ya. Kenaikan hampir separuh jumlah dari tahun lepas.
Dan tahun ini, Al-Ain Malaysia telah berjaya memberi manfaat kepada hampir 2907 keluarga iaitu 11,628 orang yang telah menerima daging-daging qurban para sahabat di lima buah negara iaitu Malaysia, Kemboja, Yaman, Bangladesh dan Sri Lanka.
Semoga Allah membalas kebaikan sahabat semua dengan sebaik-baik kebaikan.
FROM UMMAH TO UMMAH



























