Sudah tentu ramai yang mengetahui tentang istimewanya hari Asyura untuk umat Islam di dunia ini. Banyak juga peristiwa penting dan menarik yang telah terjadi dalam sejarah kenabian pada hari Asyura iaitu pada 10 Muharam. Maka bagi umat Islam amat disunatkan untuk berpuasa dan memperbanyakkan amal ibadah termasuklah dengan menggembirakan orang dengan memberi makan kepada orang ramai.
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa yang melapangkan (menyenangkan) keluarganya pada hari ‘Asyura’, Allah akan melapangkan rezekinya sepanjang tahun.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)
Apa yang dimaksudkan dengan ‘melapangkan’ atau ‘menyenangkan’ ialah dengan berbelanja mereka lebih daripada hari biasa serta menggembirakan mereka.Selain daripada ahli keluarga, kita juga digalakkan untuk menyenangkan saudara seislam, anak-anak yatim dan orang-orang miskin.
Jadi tim Al-Ain Malaysia juga tidak melepaskan peluang untuk menggembirakan orang ramai dengan memberi makan kepada mereka semua.
Melihat mereka gembira dengan pemberian tersebut, sudah tentu ia menjadi hadiah paling istimewa buat tim kami. Terima kasih kepada semua penyumbang yang sudi melaksanakan projek ini bersama kami.
Alhamdulillah!










