Sabda Rasulullah “Barangsiapa yang memberi makan kepada seorang mukmin hingga membuatnya kenyang dari rasa lapar, maka Allah akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu surga yang tidak dimasuki oleh orang lain.” (HR. Thabrani)”
Agihan infaq Jumaat ini adalah salah satu inisiatif tim Al-Ain Malaysia untuk menyantuni saudara-saudara kita di Yaman yang kini menjadi mangsa kebuluran yang dahsyat selepas berlakunya peperangan sejak tahun 2014 yang lalu. Mereka bukan sahaja antara penduduk negara arab termiskin, malah negara Yaman juga telah mempunyai krisis kemanusiaan terbesar dunia.
Kini, 80 peratus penduduk di Yaman kini hanya mengharapkan bantuan dari luar sahaja apabila negara mereka mengalami krisis ekonomi yang sangat teruk. Yang miskin bertambah miskin, yang sakit mati begitu sahaja. Alangkah ruginya kita apabila diberi peluang untuk membantu mereka tetapi kita hanya mampu berdiam diri sahaja tanpa mengambil apa-apa tindakan keatas apa yang terjadi pada mereka.
Sejak dari agihan pertama infaq Jumaat ini dilaksanakan, kami lihat ianya sangat memberi kesan kepada mereka yang menerimanya. Agihan infaq Jumaat ini akan diberikan kepada pelarian yang tinggal di kem-kem pelarian sekitar Sana’a Yaman. Sebanyak 100-200 pek diperlukan untuk memenuhi keseluruhan penduduk yang tinggal di dalam kem tersebut dan sudah semestinya jumlah pek agihan infaq Jumaat ini mengikut dana yang kami dapat kumpulkan untuk mereka. Jika banyak yang sahabat sumbangkan, maka ramai jugalah yang akan menerima manfaat dari sumbangan kalian.
Sahabat boleh memilih untuk menyumbang seberapa yang sahabat mahukan.
1 Pek = RM10
1 Keluarga = RM30
Sasaran: 100 keluarga yang tinggal di dalam kem-kem pelarian Yaman
Jika sahabat berminat untuk menyalurkan bantuan seperti yang disenaraikan, boleh terus tekan “SUMBANG SEKARANG” atau jika ada sebarang masalah transaksi secara online, boleh masukkan terus ke dalam akaun:
Maybank 562740150023
Pertubuhan Antarabangsa Al-Ain Malaysia
Ref: Infaq Yaman
“Sesungguhnya sedekah pada hari Jumaat itu memiliki kelebihan dari hari-hari lainnya. Sedekah pada hari itu dibandingkan dengan hari-hari lainnya dalam seminggu, seperti sedekah pada bulan Ramadhan jika dibandingkan dengan seluruh bulan lainnya.” (Ibnul Qayyim, Zadul Ma’ad)















