PERTUBUHAN ANTARABANGSA AL-AIN MALAYSIA

Sumbangan amal ini akan disalurkan kedalam kempen-kempen yang sedang dijalankan atau yang bakal dijalankan untuk memenuhkan tabung derma kempen.

Edit Template

FOOD BASKET KORBAN YAMAN

Home - Blog Detail

Di hari kita sedang bergembira makan daging qurban beramai-ramai, ada saudara kita yang hidup dalam kelaparan dan tidak bergembira. Hari raya bagi mereka sama sahaja seperti hari-hari yang lain, tidak seperti kita yang sangat meriah dengan program-program qurban sehinggakan daging qurban berlebih-lebihan setiap tahun dan menyambut bersama-sama keluarga dengan hidangan masakan yang enak berhari-hari.

Alhamdulillah Hari Raya Aidiladha pada tahun ini kami berjaya mengagihkan FOOD BASKET kepada pelarian-pelarian di Yaman untuk mereka menyambut bersama-sama keluarga. Ini semua adalah usaha sama rakyat Malaysia yang sudi untuk menggembirakan mereka dengan barangan asas yang sangat diperlukan, mungkin dengan sedikit sumbangan ini dapat menghidupkan kembali keceriaan di wajah mereka, sumbangan ini dapat memenuhi perut yang sedang kelaparan dan ibu yang runsing memikirkan makanan untuk anak-anak dan suaminya.

Agihan sumbangan barangan asas FOOD BASKET QURBAN ini telah diagihkan kepada golongan Muta’afifin iaitu mereka yang menjaga anak-anak yatim, orang-orang yang fakir dan juga keluarga yang menghidap penyakit.

Terima kasih diucapkan buat kalian yang sentiasa meringankan beban yang mereka hadapi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Info Terbaru

  • All Post
  • Aktiviti Aim
  • Events
  • Health
  • Misi Pendidikan & Musim Sejuk Bangladesh
  • Misi Pendidikan Sekolah Khas OKU
  • Nursing
  • Projek Terkini
  • Projek Yang Sedang Berlangsung
  • Projek Yang Telah Selesai Dilaksanakan
  • Tajaan

Saling membantu

Kita membantu bukan bertujuan menunjuk tetapi mendekatkan diri kepada yang maha esa.

Kategori

PERTUBUHAN ANTARABANGSA
AL-AIN MALAYSIA

Sumbangan

Maybank 562740150023
Pertubuhan Antarabangsa Al-Ain Malaysia
Ref: Misi Kemanusiaan

Hubungi Kami

© 2023 | copyright by alain.org.my