Tim kami di Yaman menyatakan hasrat mereka untuk membantu salah seorang pelarian yang tinggal di Kem Pelarian Ar-Reqqah Yaman yang mengalami masalah jantung.
Beliau ialah Mahdi Ad-Dhawi, ketua kem pelarian yang banyak menguruskan agihan-agihan dan bantuan yang tim kami laksanakan di kem beliau. Sungguh bersemangat sekali perjuangan beliau setiap kali bekerjasama dengan tim kami.
Encik Mahdi perlu menjalani pembedahan jantung akibat berlakunya serangan jantung. Setakat ini, untuk pembedahan jantung beliau, kerajaan Yaman telah memberi secara percuma dan hanya perlu membayar kos ubat-ubatan yang diperlukan.
Sudah jatuh ditimpa tangga pula.
Bayangkan sahabat, bagaimana pula cara pelarian ini nak mendapatkan kewangan untuk menampung pembelian ubat-ubatan beliau? Makan minum seharian pun kadang kala tidak mencukupi, apatah lagi untuk membayar keperluan lain.
InsyaAllah tim kami akan cuba cari dana sehingga mencukupi untuk membantu saudara ini. Kami perlukan bantuan sahabat untuk sama-sama bantu meringankan beban beliau.
Selain bantuan ubat-ubatan, tim kami juga akan membantu dari segi keperluan lain seperti makanan keluarga dan pengangkutan beliau. Kos keseluruhan yang diperlukan adalah sekitar RM2000. Jika cukup, maka kita akan serahkan sumbangan untuk membantu juga keperluan keluarga Mahdi dan kos-kos lain yang diperlukan. Namun jika tidak, kita akan berusaha sehingga sekurang-kurangnya mencukupi untuk pembelian ubat beliau.
Jika sahabat berhasrat untuk menyumbang bagi ubat-ubatan Mahdi, boleh terus salurkan ke akaun:
Maybank 562740150023
Pertubuhan Antarabangsa Al-Ain Malaysia
Ref: Ubat Mahdi








