PERTUBUHAN ANTARABANGSA AL-AIN MALAYSIA

Sumbangan amal ini akan disalurkan kedalam kempen-kempen yang sedang dijalankan atau yang bakal dijalankan untuk memenuhkan tabung derma kempen.

Edit Template

TAJAAN BERAS KEMBOJA

Home - Blog Detail

TAJAAN BERAS KEMBOJA

Madrasah Al-Huda dan Madrasah Al-Syakirin bukanlah dibawah naungan Al-Ain Malaysia, tetapi kami membantu mereka atas dasar kemanusiaan dan juga ihsan dari rakyat-rakyat Malaysia yang sudi untuk memberikan sumbangan kepada mereka sejak sekian lama.

Pembinaan madrasah mereka ini adalah kerana kecintaan mereka terhadap ilmu terlalu tinggi. Madrasah mereka ini tinggal jauh dari bandar dan susah mendapat perhatian dari mana-mana pihak termasuklah dari pihak kerajaan mereka sendiri. Disebabkan madrasah mereka terlalu jauh dari bandar, maka anak-anak yang belajar ini juga sangat jarang untuk pulang ke rumah melainkan darurat seperti baru-baru ini yang terjadi kes wabak penyakit yang tersebar di seluruh dunia. Anak-anak ini sangat kuat pegangannya terhadap ilmu agma, mereka adalah anak-anak yang menjadi tunjang utama dalam keluarga yang sanggup berkorban duduk berjauhan dengan keluarga bertahun lamanya.

Orang-orang yang tinggal di madrasah ini semunya ikhlas dalam mengajar dan menuntut ilmu. Ustaz -ustaz yang mengajar di kedua-dua buah madrasah ini hampir kesemuanya tidak mempunyai gaji walaupun sudah berkeluarga. Mereka juga tidak mengharapkan bantuan luar, pendapatan guru-guru ini juga adalah hasil dari tanaman kebun yang diusahakan oleh mereka sendiri seperti tembikai, jagung, lada hitam untuk dijual pada orang kampung.Hasil dari jualan tanaman itulah yang akan menjadi punca utama untuk mereka menguruskan madrasah termasuklah makanan untuk anak-anak madrasah ini.

Jadi diatas rasa tanggungjawab dan atas dasar perikemanusiaan, team kami sedang berusaha setiap bulan untuk mencari tajaan gaji buat pengajar-pengajar yang mengajar di Madrasah ini yang mengajar secara percuma. Bahkan, madrasah yang dibina ini juga khas untuk anak-anak miskin yang tidak berkemampuan dan juga tidak dikenakan bayaran untuk menimba ilmu di madrasah ini. Gaji yang kami berikan juga tidaklah terlalu besar, hanya RM250 sahaja seorang setiap bulan untuk empat (4) orang guru. Tetapi, jika tiada dana yang mencukupi kami juga terpaksa untuk hentikan tajaan seketika hingga memperoleh dana yang mencukupi untuk diberikan kepada mereka.

Anak-anak yang tinggal dan belajar di madrasah ini juga tidak pernah dibiasakan untuk tinggal dalam keadaan senang apatah lagi bermewah-mewahan dan mereka terima apa sahaja makanan yang diberikan oleh pihak madrasah, malah berada dalam keadaan lapar itu adalah perkara biasa bagi mereka. Pernah juga mereka terpaksa menanam padi di kebun sendiri tetapi hasilnya tidaklah sebaik beras yang biasa dijual di kedai-kedai runcit, kerana benih-benih yang ditanam itu hanyalah benih yang tidak sesuai untuk dijadikan beras makanan harian.

Oleh itu, Al-Ain Malaysia mengambil inisiatif untuk membantu mereka dari segi tajaan beras secara bulanan kepada kedua-dua buah madrasah ini sebanyak RM1600 setiap bulan untuk setiap madrasah. Jadi tajaan beras untuk kedua-dua madrasah ini diperlukan hampir RM3000 setiap bulan. Dan yang menyedihkan lagi, Kadang kala ustaz mereka terpaksa untuk berhutang dahulu untuk mendapatkan beras buat makanan harian anak-anak madrasah ini.

Kami sangatlah berharap bantuan dan sumbangan tajaan dari sahabat semua semoga sama-sama untuk bantu kami meringankan beban yang mereka tanggung demi melahirkan khalifah yang berjaya didunia ini.

 

Info Terbaru

  • All Post
  • Aktiviti Aim
  • Events
  • Health
  • Misi Pendidikan & Musim Sejuk Bangladesh
  • Misi Pendidikan Sekolah Khas OKU
  • Nursing
  • Projek Terkini
  • Projek Yang Sedang Berlangsung
  • Projek Yang Telah Selesai Dilaksanakan
  • Tajaan

Saling membantu

Kita membantu bukan bertujuan menunjuk tetapi mendekatkan diri kepada yang maha esa.

Kategori

PERTUBUHAN ANTARABANGSA
AL-AIN MALAYSIA

Sumbangan

Maybank 562740150023
Pertubuhan Antarabangsa Al-Ain Malaysia
Ref: Misi Kemanusiaan

Hubungi Kami

© 2023 | copyright by alain.org.my