PERTUBUHAN ANTARABANGSA AL-AIN MALAYSIA

Sumbangan amal ini akan disalurkan kedalam kempen-kempen yang sedang dijalankan atau yang bakal dijalankan untuk memenuhkan tabung derma kempen.

Edit Template

Tajaan Madrasah

Home - Blog Detail

TAJAAN MADRASAH

Buat sahabat semua, kami sedang mencari penaja tetap Madrasah Darul Tahfiz Sri al-Ain di Sungai Buloh secara bulanan.

Untuk tajaan ini, team kami sedang usahakan jalan untuk menampung perbelanjaan Madrasah kami di Sungai Buloh kerana Madrasah yang dibina atas dasar kebajikan, yang menampung anak-anak asnaf, yatim piatu dan tidak berkemampuan. Jadi tanggungan untuk kebajikan dan pengurusan anak-anak Madrasah ini ditanggung sepenuhnya oleh kami.

Madrasah ni kebanyakannya tidak dikenakan bayaran yuran kepada pelajar kerana kami sendiri tahu kemampuan anak-anak Madrasah ini. Jika mereka mampu untuk bayar yuran, mampu untuk membeli pakaian sekolah yang lengkap, mampu untuk kesekolah yang mempunyai silibus yang lebih baik sudah pastinya mereka tidak akan berada dibawah tanggungan kami.

Ya, semuanya percuma saja untuk anak-anak ni. Jadi, untuk menampung kos pengurusan di madrasah tanpa yuran amatlah mustahil dan sukar bagi kami.

 

Nak dibayar gaji guru,
Nak dibayar bil elektrik dan air,
Nak diberi makan,
Nak tampung bahan pembelajaran,

Semuanya memerlukan duit.

TAJAAN HANYA RM50 SEBULAN

 

Jadi, kami dengan rendah hati untuk buka peluang tajaan dan sedekah secara bulanan untuk sahabat-sahabat yang mencari pahala jariah. Buat sahabat yang sudi untuk menjadi penaja dan menampung sedikit perbelanjaan Madrasah kami secara tetapi, kami sangat mengalukan sumbangan dan bantau dari sahabat. Tajaan madrasah ini bermula dari RM50 sahaja setiap bulan. Dengan sumbangan ini, banyak yang dapat kami manfaatkan untuk kegunaan madrasah kami supaya pengurusan di Madrasah berjalan dengan lebih lancar.. Boleh terus hubungi kami di media Whatsapp +6017 980 6766 atau hubungi kami di mana-mana media sosial yang disediakan jika berminat.

Info Terbaru

  • All Post
  • Aktiviti Aim
  • Events
  • Health
  • Misi Pendidikan & Musim Sejuk Bangladesh
  • Misi Pendidikan Sekolah Khas OKU
  • Nursing
  • Projek Terkini
  • Projek Yang Sedang Berlangsung
  • Projek Yang Telah Selesai Dilaksanakan
  • Tajaan

Saling membantu

Kita membantu bukan bertujuan menunjuk tetapi mendekatkan diri kepada yang maha esa.

Kategori

PERTUBUHAN ANTARABANGSA
AL-AIN MALAYSIA

Sumbangan

Maybank 562740150023
Pertubuhan Antarabangsa Al-Ain Malaysia
Ref: Misi Kemanusiaan

Hubungi Kami

© 2023 | copyright by alain.org.my