PERTUBUHAN ANTARABANGSA AL-AIN MALAYSIA

Sumbangan amal ini akan disalurkan kedalam kempen-kempen yang sedang dijalankan atau yang bakal dijalankan untuk memenuhkan tabung derma kempen.

Edit Template

TAJAAN PENDIDIKAN & KEBAJIKAN MADRASAH ROHINGYA

Home - Blog Detail

TAJAAN PENDIDIKAN & KEBAJIKAN MADRASAH ROHINGYA

Di Bangladesh, Al-Ain Malaysia telah berjaya membina lapan (8) buah madrasah termasuk masjid untuk anak-anak pelarian yang tinggal di dalam kem-kem pelarian Rohingya agar mereka juga mendapatkan pendidikan seperti kanak-kanak lain kerana kami tahu pendidikan amat penting untuk mereka walaupun keadaan mereka sangat kekurangan dari segi pakaian, makanan, dan juga penempatan.

Disebabkan itu juga, Al-Ain Malaysia sedaya upaya menyediakan bukan sahaja dari segi bahan pembelajaran percuma buat mereka, tetapi makanan juga akan disediakan untuk mereka yang hadir untuk belajar mengaji. Ini juga adalah satu usaha tim kami agar mereka lebih bersemangat untuk menuntut ilmu walau dalam apa pun keadaan mereka.

Kanak-kanak ini adalah pelarian yang terpaksa duduk dengan berjuta-juta orang dalam satu kem pelarian yang padat. Entah di mana makanannya, entah di mana air bersih untuk diberi pada bayi mereka, entah di mana mereka mahu mencari makanan untuk anak-anak mereka, entah di mana mereka mahu bekerja mencari pendapatan harian, kini diuji pula dengan wabak virus. Sesusah mana kita menghadap masalah di tempat kerja, sesusah mana kita perlu menjaga anak-anak yang sakit, kami sendiri berani katakan tiada tandingannya orang kita dengan mereka di sana. Mereka diuji di negara mereka sendiri kemudian mencari pelindungan di negara orang, mereka terus diuji hingga ke hari ini.

Ya, itulah hakikat sebenarnya.

Sahabat, jika kita rasakan kehidupan kita di Malaysia ini susah, demi Allah saudara kita Rohingya berjuta kali ganda lebih susah. Mata-mata kami ini saksi, jasad-jasad kami ini bukti dan diri kami ini telah ke sana melihat sendiri kesusahan dan derita yang mereka hadapi.

TAJAAN PENDIDIKAN DAN BERAS

Setiap bulan kami memerlukan sebanyak 800kg beras untuk menampung lapan buah madrasah yang kami bina, Kos pembelian beras dan bahan-bahan masakan ini agak tinggi untuk kami tanggu sendiri. Ada masa ketika, kami terpaksa berhentikan pemberian beras kepada kesemua madrasah dalam jangka masa yang agak panjang kerana tiada dana untuk kami sampaikan kepada mereka.

Sumbangan pendidikan dari sahabat juga bukan hanya

Jadi sumbangan dan tajaan dari sahabat amatlah kami alu-alukan untuk sama-sama meringankan beban dan derita mereka.

Info Terbaru

  • All Post
  • Aktiviti Aim
  • Events
  • Health
  • Misi Pendidikan & Musim Sejuk Bangladesh
  • Misi Pendidikan Sekolah Khas OKU
  • Nursing
  • Projek Terkini
  • Projek Yang Sedang Berlangsung
  • Projek Yang Telah Selesai Dilaksanakan
  • Tajaan

Saling membantu

Kita membantu bukan bertujuan menunjuk tetapi mendekatkan diri kepada yang maha esa.

Kategori

PERTUBUHAN ANTARABANGSA
AL-AIN MALAYSIA

Sumbangan

Maybank 562740150023
Pertubuhan Antarabangsa Al-Ain Malaysia
Ref: Misi Kemanusiaan

Hubungi Kami

© 2023 | copyright by alain.org.my