TAJAAN GAJI GURU ROHINGYA
Melihat keadaan pelarian-pelarian yang terpaksa dikurung dan dikepung di dalam kem tersebut, team Al-Ain Malaysia mengambil inisiatif untuk membina beberapa buah madrasah di dalam kem tersebut agar anak-anak yang tinggal di dalam kem pelarian itu tidak ketinggalan dalam mempelajari ilmu sama seperti kanak-kanak lain. Walaupun pembelajaran mereka agak terhad dan tidak mencapai tahap silibus yang diperlukan, tetapi bantuan pendidikan seperti ini amat bermakna buat mereka.
Pembinaan madrasah ini juga telah memberi peluang pekerjaan kepada mereka untuk mencari pendapatan sampingan agar dapat menyara kehidupan mereka di dalam kem. Apabila dikepung dan tiada hak kebebasan, maka tidak ada apa yang mereka mampu lakukan selain daripada menunggu bantuan luar tiba.
Mereka juga tidak mempunyai hak untuk bersuara, malah kehidupan mereka lebih teruk berbanding dengan pelarian-pelarian di negara Yaman yang masih lagi mempunyai kebebasan. Mereka bukan lah orang-orang yang malas, tetapi mereka adalah “pelarian” yang ditutup pintu untuk “hadir” ke dunia luar. Jadi mungkin dengan memberi mereka peluang kerja sedikit sebanyak dapat membantu saudara kita yang berada dalam kesusahan.
Aturan kehidupan mereka sudah ditentukan dan mereka hanya redha dengan perkara yang berlaku, tidak mengeluh malah masih mengejar untuk cukupkan bekalan akhirat.
Alhamdulillah.
TAJAAN GAJI GURU MADRASAH DIPERLUKAN
Gaji yang diberikan kepada mereka tidaklah setanding dengan usaha dan kerja yang mereka lakukan setiap hari. Berusaha untuk melahirkan hafiz dan hafizah bukan kerja yang mudah dan perlukan kesabaran yang tinggi.
Setakat ini Al-Ain Malaysia mempunyai 18 orang ustaz yang mengajar di madrasah kem-kem pelarian Rohingya di Bangladesh. Tapi disebabkan kekurangan tajaan dan dana, buat masa ini kami hanya mampu untuk membayar beberapa orang sahaja gaji guru yang mengajar di tujuh (7) buah madrasah kem Pelarian Rohingya.
Gaji guru yang kami berikan ni tidaklah terlalu banyak jika nak dibandingkan dengan usaha ustaz-ustaz ni mengajar, mendidik dan menjaga mereka hingga berjaya jadi hafiz dan hafizah. Hanya RM250 sahaja untuk gaji seorang guru setiap bulan, dan jika tiada tajaan guru dari para sahabat penyumbang, kami terpaksa tangguh dahulu untuk pemberian gaji mereka hingga mempunyai dana yang mencukupi.
jika ada sahabat-sahabat yang sudi dan berminat untuk menaja gaji-gaji guru di kem-kem pelarian Rohingya setiap bulan, InsyaAllah boleh lakukan sumbangan tersebut di pautan yang telah kami sediakan. Jika ada mana-mana sahabat yang ingin menjadi penaja tetap untuk gaji guru-guru ini, boleh maklum terus kepada kami di +6017-980 6766.
Atau jika sahabat berminat untuk menyalurkan bantuan secara ‘one off”, boleh terus tekan “SUMBANG SEKARANG” atau jika ada sebarang masalah transaksi secara online, boleh masukkan terus ke dalam akaun:
Maybank 562740150023
Pertubuhan Antarabangsa Al-Ain Malaysia
Ref: Gaji guru
Semoga pahala mengajar mereka sentiasa mengalir untuk sahabat, InsyaAllah bukan sahaja pahala, doa juga sentiasa terselit untuk sahabat yang menyumbang. Moga Allah kurniakan rezeki yang lebih buat sahabat-sahabat semua.




