TAJAAN YAMAN
Konflik yang terjadi di Yaman sejak 2014 itu telah membunuh ratusan ribu orang hingga menjadikan negara itu antara negara arab termiskin pada masa kini. Peperangan itu juga telah menyebabkan rakyat mereka terpaksa menanggung krisis kebuluran yang dasyat dan penyakit-penyakit berbahaya seperti kolera dan taun dan kini, hampir 80 peratus penduduk Yaman yang berjumlah sekitar 29 juta orang itu hanya mengharapkan bantuan luar untuk meneruskan kehidupan. Sejak dari itu, mereka telah menjadi negara yang mempunyai krisis kemanusiaan terbesar dunia. Setelah kejadian ini berlaku, team Al-Ain Malaysia membuat keputusan untuk menjalankan misi kemanusiaan dan menyalurkan bantuan kepada penduduk-penduduk Yaman yang tertindas.
Team Al-Ain Malaysia telah menjejakkan kaki pertama kalinya di bumi Yaman pada April 2019 yang lalu untuk melaksanakan MISI KEMANUSIAAN dan menyampaikan amanah dan sumbangan dari rakyat Malaysia. Ketika misi pertama itu dijalankan, kami menyaksikan sendiri kemiskinan tegar yang mereka hadapi, kebuluran yang dahsyat, kehidupan yang serba kekurangan, penyakit yang tiada ubatan, fasiliti perubatan yang serba daif, kematian akibat penyakit yang menular, sekatan tentera tiada henti dan rakyat menjadi mangsa pertelingkahan pemimpin.
Dan hingga ke saat ini, tim kami masih lagi tidak berdiam diri melihat saudara-saudara kita yang teraniaya, hidup dalam ketakutan dan terpaksa menjadi pelarian di negara sendiri. Bantuan yang kami beri ini sepenuhnya akan dimanfaatkan oleh penduduk-penduduk miskin Yaman. Antaranya adalah:
PENDIDIKAN: Krisis yang terjadi di Yaman telah memusnahkan ratusan bangunan sekolah dan menjadikan hampir 3 juta kanak-kanak di Yaman kini tidak bersekolah. Malah, mereka yang tinggal di kem-kem pelarian juga tidak berpeluang untuk menjalani kehidupan biasa seperti kanak-kanak lain termasuklah bersekolah. Jadi, dengan sumbangan dari rakyat Malaysia, tim Al-Ain Malaysia telah berjaya membina madrasah pertama di dalam kem pelarian yang bertempat di Kem Pelarian Al-Azroqoin. Pembinaan madrasah itu telah menempatkan sebanyak 80 orang kanak-kanak yang telah dipilih dan ditaja sepenuhnya oleh Al-Ain Malaysia melalui sumbangan dan tajaan dari rakyat Malaysia.
KECEMASAN DAN PERUBATAN: Peperangan yang terjadi di Yaman telah memburukkan lagi keadaan di Yaman apabila mereka juga mempunyai krisis perubatan dan alat bantuan kecemasan yang tidak mencukupi untuk menampung pesakit-pesakit yang perlu dirawat. Kebanyakan hospital yang kami lawati berdepan masalah kemudahan yang daif, terutama dari segi peralatan perubatan usang dan rosak dan masalah ini amat menyukarkan kerja pihak hospital. Kemiskinan yang dasyat juga telah membuatkan penduduk-penduduk Yaman tidak mampu untuk membeli ubat-ubatan walaupun menghadapi penyakit yang kronik hingga ada yang meninggal dunia. Dengan bantuan kecemasan ini, sekurang-kurangnya kita dapat menyelamatkan mereka daripada terus menerus berada dalam kesakitan dan tidak dirawat.
BANTUAN MAKANAN/BARANGAN ASAS: Tidak dinafikan lagi, kemiskinan adalah punca utama yang membuatkan mereka terpaksa menghadapi kebuluran yang dasyat. Buat masa ini, makanan adalah bantuan utama yang kami berikan kepada mereka dan hingga kini kami masih lagi mengusahakan bantuan barangan asas atau “Food Basket”untuk diberikan setiap bulan kepada pelarian yang tinggal di kem-kem pelarian yang berlainan di sekitar Sana’a. Setakat ini, tim kami di Yaman telah menemui sebanyak 8 buah kem pelarian yang sangat-sangat memerlukan bantuan barangan asas. Bantuan makanan yang kami salurkan bukan sahaja dari segi barangan asas, tetapi agihan makanan secara mingguan melalui projek INFAQ JUMAAT yang diagihkan kepada para fakir miskin sekitar Sana’a juga dijalankan.. Semoga dengan usaha ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang mereka harungi dan memberikan kegembiraan kepada mereka semua.
Jika sahabat berminat untuk menyalurkan bantuan seperti yang disenaraikan, boleh terus tekan “SUMBANG SEKARANG” atau jika ada sebarang masalah transaksi secara online, boleh masukkan terus ke dalam akaun:
Maybank 562740150023
Pertubuhan Antarabangsa Al-Ain Malaysia
Ref: Barangan asas




