Hamka pernah berkata kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. Malahan Nabi Muhammad S.A.W juga pernah berpesan jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaanmu, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kerana kesempurnaan budi dan adab.
Kami kembali dengan kolaborasi bersama Akademi Hikmah untuk sesi usrah bulanan yang khusus untuk anak remaja perempuan. Anak-anak perempuan remaja tercari-cari panduan & bimbingan untuk upgrade ilmu agama? Anak-anak sedang mencari circle kawan-kawan yang supportive dan berakhlak baik?
MY SISTERS IN JANNAH datang khusus buat remaja di luar sana! Bulan ini bertemakan 3A – ADAB, AKHLAK & AKHIRAT!
Apa yang mereka pelajari dalam sesi Ogos kali ini:
- Adab & akhlak – Apa perbezaannya dalam kehidupan seorang remaja?
- Bagaimana remaja wanita ingin “ubah diri” dengan cara yang mudah
- Strategi jadi seorang remaja yang berkualiti – mental & spritual
- Sahabat di dunia = kehidupan di akhirat?
- Capai tingkat terbaik seorang remaja perempuan dalam kehidupan berpandukan akhirat
Program usrah ini bukan sahaja dilaksanakan untuk menambah penghayatan dan menimbulkan perasaan tanggungjawab terhadap ajaran Islam tetapi juga melahirkan generasi muda yang mampu berdakwah untuk keluarga dan masyarakat.
3A – Adab, Akhlak & Akhirat
Tiga perkara yang kami titik beratkan untuk mereka memahami lebih mendalam agar boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka.
Nak tahu aktiviti seterusnya?
Nantikan update bersama kami untuk tarikh My Sisters In Jannah 3.0 seterusnya!































